This is an old revision of the document!
Jadual Kandungan
Kajang di dalam Catatan Zaman Kolonial
1. Pembukaan Kajang Sekitar 1850-an, menurut Selangor Journal (1897)
Ringkasan Pengkisahan Penghulu Jahya, oleh Abdur-Razzaq Lubis (2021)
“Mengikut Selangor Journal (1897), Kajang didirikan oleh Inche Lili dari Riau 120 tahun sebelum itu, iaitu pada tahun-tahun 1770-an, di bawah naungan Sultan Muhammad. … Oleh kerana air bah, Inche Lili mendapat restu daripada Sultan Muhammad untuk berpindah meninggalkan Kajang ke kaki bukit di dekat muara Sungai Merbau. Inche Lili memberi nama pemukiman barunya itu 'Bandar Kajang', sama seperti nama tempat pemukimannya sebelum itu. (J.M. Gullick, ed., Selections from Selangor Journal, Kuala Lumpur: MBRAS, 2007, 80, memetik keterangan seorang penghulu Kajang pada 1890-an). Sultan Mohamed mengangkat Inche Lili menjadi Dato' Bandar Kajang dan mengaungerahkannya 'cap kuasa' (ertinya wewenang) untuk memerintah kawasan itu, mulai dari Sabak Dua hingga ke hilir Sungai Subang Hilang. Setelah Tok Lili meninggal dunia, Sultan Abdul Samad memindahkan kuasa kepada Toh Bandar Patok dan Nakhoda Umar, kedua-duanya kaum kerabat Tok Lili, untuk menggantikannya.” (Abdur-Razzaq Lubis, 2021: "Tarikh Raja Asal: Derap Perantauan Kaum Mandailing dari Sumatra ke Tanah Semenanjung", m.s.225).
Kritikan Sumber oleh J. M. Gullick (2007)
Tarikh tahun 1770-an ini dianggap tidak tepat kerana tempoh pemerintahan Sultan Muhammad ialah tahun 1826-1857. Ringkasan oleh Abdur-Razzaq Lubis (2021): “Riwayat dan pentarikhan ini jadi masalah (Mengikut versi ini, Kajang dibukan sekitar 1777; pada waktu itu, yang memerintah adalah Raja Lumu gelar Sultan Salehuddin (1766-1782), iaitu Sultan Selangor yang pertama. Sultan Muhammad hanya naik takhta pada 1826 dan memerintah sampai 1857, dan sebelum itu sebagai Raja Muda (1801-1826)).” (Abdur-Razzaq Lubis, 2021: "Tarikh Raja Asal: Derap Perantauan Kaum Mandailing dari Sumatra ke Tanah Semenanjung", m.s.225).
Persempadanan Kajang
Sempadan: Sungai Sabak Dua, Subang Hilang: “The boundaries of Inche Lili's domain were the district of Ulu Langat from Sungei Sabak Dua upstream following the Dato' Langat's boundary and downstream following the boundary of Dato' Ali as far as Subang Hilang.” (1897: The Selangor Journal: Jottings Past and Present, Volume 5, hlm.306-307).
Lakaran peta Sungai Klang dan Sungai Langat tahun 1896. Persempadanan Kajang dapat dilihat secara kasar sepanjang Sungai Langat, dari Kajang di sebelah timur laut, hingga ke Subang Hilang di sebelah barat daya (ditandakan merah) (Arkib Negara 1957/0062586W, 14/04/1896: |"KAJANG - REKO BRIDLE ROAD-AS TO COST OF CONVERTING IT INTO A CARTROAD -").
VERSI PENUH & MAKLUMAT LANJUT: Selangor Journal (1897)
2. 1850-an: Rekoh
Lokasi Rekoh (sekitar bulatan hijau), 1904 dan kini.
Kiri: Peta tahun 1904 (Edinburgh Geographical Institute, 1904 @ Yale University Library - Digital Collections: |"Selangor, Federated Malay States, 1904 / John Bartholomew & Co ; W.T. Wood, chief draftman").
Kanan: Peta kini (Mapcarta).
Lombong lampan (Kinta Tin Mining Museum, 10 April 2021: |"Mining method: Lampan (Ground Sluicing)").
