Jadual Kandungan
Kajang di dalam Catatan Zaman Kolonial
1. Pembukaan Kajang Sekitar 1850-an, menurut Selangor Journal (1897)
Ringkasan Pengkisahan Penghulu Jahya, oleh Abdur-Razzaq Lubis (2021)
“Mengikut Selangor Journal (1897), Kajang didirikan oleh Inche Lili dari Riau 120 tahun sebelum itu, iaitu pada tahun-tahun 1770-an, di bawah naungan Sultan Muhammad. … Oleh kerana air bah, Inche Lili mendapat restu daripada Sultan Muhammad untuk berpindah meninggalkan Kajang ke kaki bukit di dekat muara Sungai Merbau. Inche Lili memberi nama pemukiman barunya itu 'Bandar Kajang', sama seperti nama tempat pemukimannya sebelum itu. (J.M. Gullick, ed., Selections from Selangor Journal, Kuala Lumpur: MBRAS, 2007, 80, memetik keterangan seorang penghulu Kajang pada 1890-an). Sultan Mohamed mengangkat Inche Lili menjadi Dato' Bandar Kajang dan mengaungerahkannya 'cap kuasa' (ertinya wewenang) untuk memerintah kawasan itu, mulai dari Sabak Dua hingga ke hilir Sungai Subang Hilang. Setelah Tok Lili meninggal dunia, Sultan Abdul Samad memindahkan kuasa kepada Toh Bandar Patok dan Nakhoda Umar, kedua-duanya kaum kerabat Tok Lili, untuk menggantikannya.” (Abdur-Razzaq Lubis, 2021: "Tarikh Raja Asal: Derap Perantauan Kaum Mandailing dari Sumatra ke Tanah Semenanjung", m.s.225).
Kritikan Sumber oleh J. M. Gullick (2007)
Tarikh tahun 1770-an ini dianggap tidak tepat kerana tempoh pemerintahan Sultan Muhammad ialah tahun 1826-1857. Ringkasan oleh Abdur-Razzaq Lubis (2021): “Riwayat dan pentarikhan ini jadi masalah (Mengikut versi ini, Kajang dibukan sekitar 1777; pada waktu itu, yang memerintah adalah Raja Lumu gelar Sultan Salehuddin (1766-1782), iaitu Sultan Selangor yang pertama. Sultan Muhammad hanya naik takhta pada 1826 dan memerintah sampai 1857, dan sebelum itu sebagai Raja Muda (1801-1826)).” (Abdur-Razzaq Lubis, 2021: "Tarikh Raja Asal: Derap Perantauan Kaum Mandailing dari Sumatra ke Tanah Semenanjung", m.s.225).
Persempadanan Kajang
Sempadan: Sungai Sabak Dua, Subang Hilang: “The boundaries of Inche Lili's domain were the district of Ulu Langat from Sungei Sabak Dua upstream following the Dato' Langat's boundary and downstream following the boundary of Dato' Ali as far as Subang Hilang.” (1897: The Selangor Journal: Jottings Past and Present, Volume 5, hlm.306-307).
Lakaran peta Sungai Klang dan Sungai Langat tahun 1896. Persempadanan Kajang dapat dilihat secara kasar sepanjang Sungai Langat, dari Kajang di sebelah timur laut, hingga ke Subang Hilang di sebelah barat daya (ditandakan merah) (Arkib Negara 1957/0062586W, 14/04/1896: |"KAJANG - REKO BRIDLE ROAD-AS TO COST OF CONVERTING IT INTO A CARTROAD -").
VERSI PENUH & MAKLUMAT LANJUT: Selangor Journal (1897)
2. 1850-an: Rekoh
Peta sekitar Kajang, 1904 (Edinburgh Geographical Institute, 1904 @ Yale University Library - Digital Collections: |"Selangor, Federated Malay States, 1904 / John Bartholomew & Co ; W.T. Wood, chief draftman").
Lokasi Rekoh (sekitar bulatan hijau), 1904 dan kini.
Kiri: Peta tahun 1904 (Edinburgh Geographical Institute, 1904 @ Yale University Library - Digital Collections: |"Selangor, Federated Malay States, 1904 / John Bartholomew & Co ; W.T. Wood, chief draftman").
Kanan: Peta kini (Mapcarta).
Lombong lampan (Kinta Tin Mining Museum, 10 April 2021: |"Mining method: Lampan (Ground Sluicing)").
Peristiwa serangan Raja Brayun terhadap Datoh Klana Sendeng, menurut anak beliau, Raja Alang (melalui wawancara dan tulisan J.C. Pasqual): “At this time Raja Brayun, a Mendeleng from Sumatra, invaded Sungei Ujong and attacked Datoh Klana Sendeng, because a friend of Raja Brayun was murdered and Datoh Klana Sendeng refused to pay the blood money of $400 according to the 'adat' Malayu. On the side of Raja Brayun there was Panglima Garang and Panglima Si Gara, both 'invulnerable' and fierce warriors, besides 500 fighting men. But he was defeated although he had bribed one of Datoh Kalan Sendeng's men with $3,000 to burn the granaries and blow up a powder magazine. Raja Brayun then retired to Recko, a village on the Langat river a short distance upstream from Kajang, and invited Raja Abdulsamad to live with him. He built a stockade at Recko and had a large force of fighting men who lived by robbery and raiding Sakais to sell them into slavery.” (The Straits Times, 11 November 1934, Page 21: |"WHEN COCKFIGHTING WAS THE RAGE").
3. Lawatan Frank Swettenham (1875)
Latar peristiwa: Setelah tamatnya Perang Klang di Selangor, Frank Swettenham yang telah banyak memainkan peranan dalam campurtangan British di negeri itu telah dilantik sebagai penasihat Sultan Selangor pada Ogos 1874, kemudiannya Pembantu Residen Selangor pada Disember 1874:
Pada tahun 1875, Frank Swettenham telah menjelajah sepanjang Sungai Langat, dan merupakan pembesar British yang pertama tiba di Rekoh. Perjalanan beliau dari Bandar Langat (Kuala Langat) ke Rekoh sejauh 57 batu mengambil masa kira-kira 5 hari. Ketika itu Sungai Langat merupakan satu-satunya jalan pengangkutan hasil bijih timah dari kawasan pedalaman. Pada musim kering, perjalanan tersebut mengambil masa 13 hari, akibat aras air sungai yang cetek. Percubaan awal pembuatan jalan dari Rekoh ke Klang telah ditangguhkan, oleh kerana kawasan hutan paya yang luas di antaranya: “Until 1883, when it became a separate administrative district with Kajang as its headquarters, Ulu Langat was merely an inland extension of Kuala Langat. Anderson, for example, in 1824 described the Langat as 'a small river' with about 500 people along its valley, who exported tin and rattan. He did not himself venture so far south in Selangor as this. If he had done so, he would have found that the winding river was navigable to small ships and also tidal to a point some 12 miles upstream from Bandar Langat, with a minimum depth of 12 feet. From that point, the character of the river changed, so that in 1875 it took Swettenham five days to cover a distance of 57 miles from Bandar Langat to Rekoh. He found the river 'very difficult, the current always getting stronger, and the snags were numerous and larger'. From Kajang he struggled on to Cheras and finally to Ulu Langat village, a total distance of 93 miles from Bandar Langat.3 He proposed to bypass the middle stretch with a road, but the land was swampy and so the road was not constructed until the early twentieth century, when the advent of rubber had created both a need and the resources for it. Nonetheless, until lateral roads to link Ulu Langat with Kuala Lumpur and Seremban were built in the 1880s, the river was the only means of exporting tin, and in the dry season the water level dropped so that a heavily laden boat might take 13 days to travel downstream.” (J. M. Gullick @ JMBRAS Vol. 80, No. 2 (293) (December 2007): |"A Short History of Ulu Langat to 1900", m.s.1).
Sekitar waktu ini (1875), balai polis Kajang dibina sebagai usaha mengembalikan keamanan selepas peperangan tersebut: “Situated nearby, across Jalan Cheras, is the Police Station, which was established in 1875, after the British succeeded in crushing Sutan Puasa’s suspected uprising. Across Jalan Hishammudin is the Post Office, which was also built at about the same time as the former Ulu Langat District Office; it is still in operation until today.” (Eric Lim @ Museum Volunteers, JMM, July 15, 2020: |"History of Kajang"). Kemungkinan balai polis Rekoh juga dibina sekitar waktu yang sama.
Peta sempadan Selangor-Sungai Ujong, 1876. Ketika itu Rekoh (Recko) masih di bawah pengaruh Sungei Ujong, manakala Lukut di bawah Selangor. Frank Swettenham memudiki Sungai Langat dari Bandar Langat ke Rekoh (ada di dalam peta ini), seterusnya ke Kajang, Cheras, dan Ulu Langat (tiada di dalam peta ini - hanya setakat Sungai Kajang dan Sungai Jebat sahaja): “compiled from sketch surveys made by Captain Innes R E, J W Birch and D Daly, and Admiralty Charts. Lithographed under the direction of Lt. Col. R. Home C.B.R.E” (Royal Geographical Society, London; Royal Geographical Society (Great Britain), 1876: |"Map of Part of The Malay Peninsula, 1876").
Perjalanan dari Bandar Termasa (Langat) ke Rekoh telah dijadikan contoh ayat di dalam kamus istilah karya beliau:-
| How far is it by river from Bandar Termasa [Langat] to Rekoh? | Brapa jauh deri-pada Bandar Termasa mudik ka'Rekoh?“ |
| We can reach it with one day's rowing and six day's poling. | Satu hari ber-daiung anam hari ber-galah, bulih sampei. |
(Sumber: Frank Swettenham, 1910: |"Vocabulary of the English and Malay languages with notes", m.s.220).
“Mengikut laporan Swettenham yang membuat lawatan ke tempat itu pada tahun 1875, pada masa itu Rekoh mempunyai penduduk tidak lebih daripada seratus orang yang terdiri daripada orang Melayu, Bugis, Cina dan Korinci. Mereka berada di bawah seorang ketua kampung Bugis (orang Bugis) yang dilantik oleh pembesar Sungai Ujong. Bagaimanapun, ketua kampung itu mungkin tidak disukai oleh penduduk tempat itu. Dia kemudian berpindah ke Singapura. Mengikut laporan Swettenham seterusnya, ” The village 'had the appearance of having been once a very prosperous place. There are plenty of substantial shops and houses built of plank and mud, as good native houses as I have seen anywhere, the Sungai Ujong style but better than houses there…a first Bazaar for houses that ia badly off for water.'” (Andin Salleh, July 18, 2013: |"Pekan Rekoh yang sudah lenyap"). Dari sumber lain: “In March 1875 Rekoh had a population of no more than a hundred, Malays, Bugis, Chinese and Korinchi, under a Bugis head-man appointed by the ruling chief of Sungei Ujong. The headman evidently found this an unwelcome responsibility and had taken himself off to Singapore. The village 'had the appearance of having once been a very prosperous place. There are plenty of most substantial shops and houses built of plank and mud, as good native houses as I have seen anywhere, the Sungei Ujong style but better than the houses there…a first rate Bazaar for houses that is badly off for wares.'” (J.M. Gullick, 1998: "A History of Selangor 1766-1939", m.s. 74). Terjemahan: “Pada bulan Mac 1875, Rekoh mempunyai penduduk tidak lebih daripada seratus orang, terdiri daripada orang Melayu, Bugis, Cina dan Kerinchi, yang dipimpin oleh seorang ketua berdarah Bugis yang dilantik oleh pemerintah Sungei Ujong. Ketua berkenaan enggan menggalas tanggungjawab yang diberikan, lalu lari ke Singapura. Kampung itu “kelihatan seperti sebuah tempat yang amat makmur suatu masa dulu. Ada banyak kedai dan rumah besar yang dibina daripada papan dan lumpur, sama bagusnya dengan rumah-rumah peribumi yang pernah saya lihat di tempat lain, dengan gaya Sungei Ujong tetapi lebih bagus daripada rumah-rumah di sana… pasar kelas pertama untuk rumah-rumah yang jauh dari sumber.” (terjemahan Ashraf Khalid & Akmal Khuzairy Abd Rahman @ IBDE, 2022: "Sejarah Selangor 1766–1939 - J.M. Gullick", m.s.111).
LATAR PERISTIWA: Jalan Rekoh-Telok Datok
| Siri Cebisan Sejarah: | Bangi | Gambang | Hutan | Ipoh | Kajang | Kuala Lumpur | Kuantan | Pulau Pinang | Hubungi Kami |
