User Tools

Site Tools


madrasah_attaufiqiyah

This is an old revision of the document!


Madrasah Attaufiqiyah (1913)

Sumber utama: Ashari bin Mohd Yakub, 10 Ogos 2024: |“PERKONGSIAN CERITA MADRASAH ATTAUFIQIAH”).

Dirujuk oleh

1909-1911: Cetusan Pembinaan

Idea pembinaan Madrasah Attaufiqiah telah dicetuskan oleh Syeikh Muhammad Saleh bin Mohd Taib Al Minangkabau


“Pada tahun 1890an hingga 1900an seorang ulama’/pendakwah yang terkenal di Nusantara dan di Negeri-negeri Semenanjung Malaya, Tuan Syeikh Muhammad Saleh bin Mohd Taib Al Minangkabau (TSMS), mencetuskan idea pembinaan Madrasah ini.”

Perihal Syeikh Muhammad Saleh

Pengalaman

“Menuntut ilmu di Mekah lebih dari 17 tahun. Beliau berguru di Mekah dengan guru-guru terkenal seperti:
1. Tuan Syeikh Muhamad Taib (ayahnya)
2. Syeikh Ahmad Zaini
3. Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullad Almakahki
4. Syeikh Muhammad Dahlan, Mufti Mekah.”

Latar Belakang

“Beliau diberi penghormatan menjadi guru di Masjidil Haram pada usianya 20an. Mampu mengajar menggunakan 13 buah kitab dalam sehari semalam. Terkenal sebagai Syeikhul Islam Perak (Teluk Intan).”

1909: Jemputan Mengajar

1909: Penghulu Mukim Hulu Langat, En. Abdul Jalil menjemput TSMS mengajar di Masjid Pekan Batu 14 , Hulu Langat.”

Perjalanan: Menaiki Keretapi dari Teluk Intan ke KL (6 jam) –> Menaiki kereta dari KL ke Batu 9 –> Batu 9 ke Pekan Batu 14 Menaiki kereta kuda –> Tiba di Hulu Langat antara jam 6pm – 9pm.”

1911: Mengajar di Masjid Kajang

Dari idea menjadi reality - proses pembinaan Madrasah Attaufiqiyah

Tuan Hj. Abdul Hamid (Khadi Kajang)
Sebulan Sekali: Tuan Hj. Abdul Hamid (Khadi Kajang) serta beberapa ahli qariah Masjid Jamek Kajang turut mengikuti kelas pengajian kendalaian Tuan Syeikh Muhammad Saleh yang diadakan sebulan sekali.”

Kaedah Penyampaian: Kaedah penyampaian Tuan Syeikh Muhammad Salleh menarik minat masyarakat setempat dan ahli jemaah yang hadir.”

1911: Lanjutan daripada itu, ahli qariah Masjid Jamek Kajang menjemput beliau mengajar di Masjid Kajang. Tuan Syeikh mula mengajar di Masjid Jamek Kajang pada tahun 1911.”

Tempat Penyampaian: Pengajaran Ilmu kurang sesuai diadakan di masjid kerana ia mengganggu fokus Jemaah yang bersembahyang. Madrasah adalah tempat yang lebih sesuai untuk pengajian agama diadakan. Pendapat Tuan Syeikh ini dipersetujui oleh masyarakat setempat yang diterajui oleh Tuan Hj Abdul Hamid (khadi Kajang) dan Tok Engku Samsuddin (orang kaya Kajang - wakil Sultan).


“Raja Alang bin Raja Berayun seorang hartawan dan ahli qariah Masjid Jamek Kajang, menyatakan hasratnya untuk membiayai keseluruhan kos pembinaan Madrasah yang dicadangkan. Walau bagaimanapun, masyarakat setempat tidak bersetuju kerana ingin sama-sama memberi sumbangan.”

Lebai Abas bin Awang
Lebai Abas bin Awang, Imam masjid Jamek Kajang dan bendahari Raja Alang, diminta membantu menguruskan kutipan infak dari orang ramai”

1913: Penubuhan Madrasah Attaufiqiyah

Pembinaan dan Penamaan


“Dengan kesungguhan pihak bertanggungjawab serta berkat istiqamah Tuan Syeikh Muhammad Saleh, maka terdirilah sebuah Madrasah pada tahun 1913.”

“Sokongan padu dan sumbangan dari ahli qariah setempat, terutamanya daripada beberapa hartawan seperti berikut juga banyak membantu dalam pembinaan Madrasah:-
- Raja Alang bin Raja Berayun
- Tuan Hj. Mohaman Saman
- Tuan Hj. Muhammad Damin
- Hj. Ahmad Kaya
- Tok Dagang Hamzah bin Hj. Abdul Rahman
- Tok Sheikh Ahmad (Sungai Kantan).”

Nama Madrasah: Atas nasihat TSMS dan dipersetujui oleh ahli qariah Masjid untuk di namakan Madrasah Attaufiqiyah. Nama Attaufiqyah mengikut Tuan Hj. Hatim, mungkin diberi oleh TSMS sendiri, sempena nama penerbit kitab beliau yang berjudul ‘Tanwirul Anwar Fi Izhari Khalal Ma Fi Khoyifil Asar’ (Penerbitnya ialah Al- Maktabatut Taufiqiyah), Bandar Acheh.”

Tapak Madrasah: Diwakafkan oleh Tuan Syeikh Ahmad bin Sultan Kali Selamat (Sungai kantan & Gombak), seorang ahli qariah masjid”

Kontraktor: En. Wong adalah kontraktor yang membina Madrasah ini.”

Lokasi

Lokasi
“Dibina di belakang Masjid Jamek Kajang yang asal dan bersebelahan dua kolah masjid.”

Pelan Madrasah

Pelan Madrasah
A Bilik Khas untuk Pensyarah atau tetamu bermalaman
B Pintu sisir adalah dari arah kolah masjid
C Guru akan duduk di atas tilam kecil, selari dengan pintu sisir, iaitu membelakangkan kiblat

“Madrasah ini telah diperbaiki dan diubah suai pada sekitar tahun 2017, seperti yang sedia ada sekarang”

Reka Bentuk Madrasah yang asal

Madrasah Attaufiqiyah hari ini

Antara Guru yang pernah mengajar di Madrasah Attaufiqyah

  1. Tuan Syeikh Hj. Muhammad Saleh bin Syeikh Muhammad Taib (1911—1933)
  2. Tuan Hj. Abdul Hamid bin Hj. Daud 1911—1950
  3. Tuan Syeikh Ahmad bin Hj. Ismail (Tuan Syeikh Ahmad Jendram)
  4. Tuan Syeikh Yusof bin Shahabuddin (Mufti Selangor 1953—1968)
  5. Tuan Guru Hj. Hashim bin Abdul Aziz.
  6. Tuan Hj Mohd Hafidz bin Hj. Selamat (kini).

Perihal Sumber

Ashari bin Mohd Yakub, 10 Ogos 2024: |“PERKONGSIAN CERITA MADRASAH ATTAUFIQIAH”).

Perihal Ashari Bin Mohd Yakub

Coretan berkenaan penceramah - Ashari Bin Mohd Yakub


Tempat Lahir (Kiri): “Lahir dan dibesarkan di rumah nenek saya Terletak lebih kurang 40 meter dari Madrasah ini. Alamat: no. 54, Jalan Sungai Kantan”
Asas Cerita (Tengah): “Cerita mulut daripada: Nenek saya Hjh. Safiah binti Hj. Sahabuddin, Pak Long saya Hj. Mohd. Tahir bin Lebai Abas, Tulisan arwah Hj. Hatim Mohamad Arshad.”
Maklumat Tambahan (Kanan): “Arwah Datuk saya Lebai Abas bin Awang merupakan imam Masjid Kajang dari 1905 Hingga 1933”
Signifikan Bagi Saya: “Sejak ia dibina lebih 100 tahun yang lalu, cara pengajaran ilmu agamanya masih konsisten berguru dan berpandu / merujuk kepada kitab-kitab yang muktabar. Rujukan kepada kitab-kitab secara turutah. Tahun ini merupakan ulang tahun ke-111 Madrasah”

(Sumber: Ashari bin Mohd Yakub, 10 Ogos 2024: |“PERKONGSIAN CERITA MADRASAH ATTAUFIQIAH”, hlm.3).

madrasah_attaufiqiyah.1781152364.txt.gz · Last modified: by sazli