This is an old revision of the document!
Jadual Kandungan
Kampung Orang Asli Bukit Jenuk, Dengkil
Dirujuk oleh
Perihal
Kampung ini terletak di Bukit Jenuk. Mungkin ia adalah kesinambungan kepada perkampungan orang asli yang telah wujud sejak lama dahulu (G.C. Bellamy, 1884), dan mungkin sebahagian daripada kawasan persempadanan Kajang dahulu, iaitu Subang Hilang.
Kiri: “Kg oa Bukit Jenuk, Selangor” (Temuan TV @ Facebook, 30 Disember 2023: "Kg oa Bukit Jenuk, Selangor").
Tengah: ““Tampal Rumah” Insaf Malaysia at Bukit Jenuk, Dengkil, Selangor” (Norul Juliana @ Pertubuhan Bantuan Teknikal Insaf Malaysia, 6 Januari 2015: |""Tampal Rumah" Insaf Malaysia at Bukit Jenuk, Dengkil, Selangor").
Kanan: “Temuan people in Kampung Orang Asli Bukit Jenuk in Dengkil, Selangor.” (Tianyake @ Flickr / nandini_bala @ Says, 27 Jul 2017: |"The 101 On Malaysia's Orang Asli & Native Community. They're More Diverse Than We Think!").
2009: Populasi Penduduk
Menurut statistik tahun 2009, kampung ini adalah di antara 15 buah kampung orang asli di daerah Sepang kini, dengan jumlah penduduk seramai 56 orang, daripada 15 buah keluarga:-
“PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B. TUAN PHILLIP TAN CHOON SWEE (TELUK DATUK)
TAJUK: KAMPUNG ORANG ASLI
84. Bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar:-
a) Berapakah bilangan kampung orang asli yang terdapat di seluruh Negeri Selangor? Sila senaraikan lokasi-lokasi serta bilangan penduduknya.
…..
JAWAPAN :
Terdapat 74 buah penempatan atau Kampung Orang Asli yang masih wujud di sekitar 5 Daerah di Negeri Selangor. Ianya merangkumi Daerah Hulu Selangor : 16 Kampung, Gombak dan Petaling : 11 Kampung, Hulu Langat : 9 Kampung, Sepang : 15 Kampung dan Kuala Langat dan Klang : 23 Kampung menjadikan semuanya 74 Buah Kampung Orang Asli yang berada di dalam Negeri Selangor.”
BIL | KAMPUNG | DAERAH | KIR | AIR |
---|---|---|---|---|
… | … | … | … | … |
28 | KAMPUNG BATU 28, JENDERAM | SEPANG | 35 | 107 |
29 | KAMPUNG KELINSING | SEPANG | 26 | 87 |
30 | KAMPUNG BUKIT TAMPOI | SEPANG | 58 | 232 |
31 | KAMPUNG AIR TERENTANG | SEPANG | 22 | 86 |
32 | KAMPUNG SUNGAI BUAH | SEPANG | 22 | 85 |
33 | KAMPUNG BUKIT BAJA | SEPANG | 47 | 195 |
34 | KAMPUNG SUNGAI BELANKAN | SEPANG | 14 | 43 |
35 | KAMPUNG SUNGAI MELUT | SEPANG | 50 | 151 |
36 | KAMPUNG BUKIT BANGKONG, DENGKIL | SEPANG | 88 | 314 |
37 | KAMPUNG BUKIT BANGKONG, SG. PELEK | SEPANG | 161 | 495 |
38 | KAMPUNG BUKIT DUGANG | SEPANG | 26 | 100 |
39 | KAMPUNG BAKOK | SEPANG | 15 | 61 |
40 | KAMPUNG BUKIT JENUK | SEPANG | 15 | 56 |
41 | KAMPUNG JAMBU | SEPANG | 11 | 33 |
… | … | … | … | … |
“Catatan :
KIR – Ketua Isi Rumah
AIR – Anggota Isi Rumah
…..”
(Sumber: Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009, 10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009: |"84) KAMPUNG ORANG ASLI", hlm.154).
2015-2016: Kemasukan Bekalan Elektrik
Walaupun kampung ini mungkin telah lama wujud, ia masih terpinggir dan tidak menerima kemudahan bekalan elektrik sehingga tahun 2016:-
2015-11-13: Soalan Bertulis DUN Selangor
“Sehingga kini masih terdapat empat Kampung Orang Asli yang masih belum mendapat bekalan elektrik seperti berikut; Kg OA Bukit Jenuk, Sepang – dalam proses pembinaan oleh TNB. … Kesemua Kampung Orang Asli telah mempunyai akses kepada air minuman menggunakan kaedah paip retikulasi (SYABAS), bekalan air graviti dan bekalan air bawah tanah.” (Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015, 30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015: |"85) KAMPUNG ORANG ASAL").
2016-03-09: Tinjauan Free Malaysia Today
“Tinjauan FMT ke Dengkil mendapati sekurang-kurangnya tiga kawasan penempatan – Kampung Orang Asal Bukit Tunggul Blok A, Blok B dan Blok C – tidak mendapat akses elektrik dan air walaupun rumah mereka berdekatan dengan Jalan Kajang-Dengkil. Manakala penempatan berhampiran, Kampung Orang Asli Bukit Jenuk pula baharu mendapat bekalan air bersih, tetapi tiada bekalan elektrik disalurkan. Kesemua penempatan itu diduduki Orang Asal yang majoriti daripada suku Temuan, sedikit daripada suku Mah Meri, orang Melayu dan kaum India. Walaupun kawasan perkampungan terbabit langsung tiada bekalan elektrik atau air, namun landasan Express Rail Link (ERL) yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dibina melalui kawasan itu.” (Faridz Ridzwan @ Free Malaysia Today, 9 Mac 2016: |"Kampung sebelah Putrajaya, tapi tiada air, elektrik").
“Another settlement there, Kampung Orang Asli Bukit Jenuk, only just received water supply but does not have electricity supply. Most of its residents work as labourers in Bangi, Kajang, Dengkil and Putrajaya.” (Faridz Ridzwan @ Free Malaysia Today, 9 Mac 2016: |"No power or water for Orang Asli 5km from Putrajaya").
2016-03-11: Penjelasan TNB & ADUN
“Uncooperative landowners in Bukit Tunggul are allegedly the reason why Orang Asli villages along Putrajaya’s borders have been left without electricity for years on end. This was revealed by Dengkil assemblyman Shahrum Mohd Sharif, based on information obtained from Tenaga Nasional Berhad (TNB). “The problem stems from landowners who have refused to allow electricity cables to pass through their parcels of lands,” he told FMT. He added that he and TNB would meet the villagers themselves to enable TNB’s electricity supply project to continue unhindered. “TNB and I, together with the Orang Asli Development Department (JAKOA) will discuss the matter with the relevant landowners who have stalled TNB’s efforts to supply the villages with electricity. “If the issue can be resolved, then Federal Government funds can be disbursed immediately.” Shahrum explained that a similar issue faced by residents of the Bukit Jenuk Orang Asli village was close to being resolved as TNB had already instructed its subsidiary to proceed with the electricity supply project since the Federal Government has approved the allocation of funds for it. “The project is ongoing and is expected to be completed by mid-July. I hope the villagers can be patient with the problems they are facing.”” (Faiz Zainudin @ Free Malaysia Today, 11 Mac 2016: |"Landowners to blame for denying Orang Asli electricity").
2016-03-17: Penjelasan Dr Colin Nicholas @ COAC
“Land issues affecting the orang asli in Bukit Tunggul and Bukit Jenuk, near Dengkil, need to be resolved so that they can be provided with amenities, says the Centre for Orang Asli Concerns. The centre's coordinator Dr Colin Nicholas said only landowners could apply for amenities, but the orang asli did not have land titles. 'Solve the orang asli land issue first by recognising the existing villages as orang asli reserve land,' he said.” (Loh Foon Fong @ The Star, 17 March 2016: |"Time to resolve orang asli land issues near Dengkil").
2016-03-24: Perbahasan Hanipa Maidin (ADUN Sepang)
“Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Menteri, saya ada bangkitkan pasal isu kampung Orang Asli, dua buah kampung yang berhampiran dengan Putrajaya iaitu Bukit Jenuk dan Bukit Tunggul yang masih lagi tidak dapat perkhidmatan bekalan elektrik.
Jadi- Mentari ada catat tak ini? Saya ada bangkitkan dalam perbahasan saya, Menteri. Jadi, saya minta jawapan Menteri sebab ini kampung orang miskin, Orang Asli berdekatan pula dengan Putrajaya. Jadi, sudah lama merdeka tidak dapat lagi elektrik ini, sebelum kita cerita pasal sistem solar kah atau apa, kita bagi dahulu elektrik pada dua buah kampung inilah.
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili: Sebenarnya, memang Yang Berhormat Sepang ada sentuh tetapi perkara ini di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KKLW). Jadi, saya difahamkan ia telah…
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Elektrik bawah Menteri kan?
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili: Akan tetapi difahamkan ini telah pun dijawab dalam penggulungan pihak kementerian tersebut. Biasanya di kawasan bandar-bandar di bawah utiliti TNB ataupun SESB, di mana dikategorikan luar bandar dan pembiayaan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Akan tetapi untuk makluman Yang Berhormat, kementerian difahamkan bahawa projek untuk memberikan bekalan elektrik kepada penduduk Bukit Jenuk dan Bukit Tunggul telah pun disenaraikan dalam kontrak KKLW di bawah Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) dan telah dianugerahkan kepada TNB untuk melaksanakan di tapak, dijadualkan bermula Mei 2016 dengan kos RM723,359. Jadi, saya akan pantau supaya ini terlaksana. Terima kasih.”
(Sumber: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT, 24 Mac 2016: |"PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT PERTAMA", hlm.47).
2016-08-02: Kemasukan Bekalan Elektrik
Akhirnya bekalan elektrik mulai dimasukkan ke kampung ini: “Tnb dah masuk kampung orang asli daerah sepang ini sejak 2 minggu lalu. Tiang lampu tnb dh siap. Pencawang sedang dibina. Nenek lina, jkkk ali ucap terima kasih. dah lama sangat mereka dambakan “cahaya' di waktu malam. selama ini bergantung pada genset dan lilin.
Terima kasih tnb! Jakoa negeri selangor mohon bantu pendawaian setiap rumah dan deposit masuk tnb.”
(Sumber: Azlan Sharif @ Facebook, 2 Ogos 2016: "Tnb dah masuk kampung orang asli daerah sepang ini...").