Koleksi beberapa peristiwa di sekitar Kajang, yang ada direkodkan dalam sumber-sumber setakat yang dapat diperolehi di Internet, dan disusun menurut kronologi peristiwa. Antara sumber utama ialah Arkib Negara Malaysia, keratan-keratan akhbar di NewspaperSG (arkib digital akhbar tempatan yang beribu pejabat di Singapura sejak tahun 1827, kelolaan National Library Board (NLB) of Singapore), serta MyRepositori (arkib digital akhbar tempatan, kelolaan Perpustakaan Negara Malaysia). Pada setiap peristiwa, selain ringkasan liputannya, ditambahkan juga beberapa catatan ringkas atau capaian mengenai perkara atau tempat yang berkaitan, berdasarkan makalah-makalah dan kertas kerja para ilmuwan dan pengkaji sejarah, setakat yang ada di Internet sahaja.
Gambar hiasan: Bandar Kajang sekitar tahun 1960-an (diwarnakan): Vijaya Kumar Ganapathy @ Facebook, 12 Julai 2021: |"An Air View' of a part of Kajang Town in the 1960's").
Bicara Sejarah Kajang, di Lorong Kajang Dulu-Dulu (Majlis Perbandaran Kajang, 23 Ogos 2025: "Bicara Sejarah Kajang, di Lorong Kajang Dulu-Dulu").
Bicara Sejarah Kajang pada 23hb Ogos 2025 bertempat di Lorong Kajang Dulu-dulu jam 10am-1pm. Program ini bersempena Karnival 1001 Rasa Sate Kajang 22-24 Ogos 2025 @stadium kajang. (Panel Pembentang: En. Khairil - Perang Rekoh 1848; Dr. Tee Boon Chuan - Sejarah Tokong Cina Kajang 1875; En. Ashari - Masjid Lama Kajang; Dr Alinor - Ketamadunan Sungai Langat; Moderator: Sazli).
Perlu ditekankan, kami bukan ahli sejarah! Laman ini sekadar mengumpulkan cebisan maklumat berkaitan sejarah Kajang dan kawasan sekitarnya, setakat yang dapat ditemui di ruang Internet sahaja. Maka pastinya ia amat tidak lengkap, tidak menyeluruh, dan kurang wibawa berbanding karya ilmiah hasil kajian para sejarawan. Perlu diingatkan juga, sumber-sumber yang dinyatakan di sini adalah dari pelbagai sudut pandang dan latar para ilmuwan, pengkaji, wartawan dan editor akhbar, bermula dari awal kurun ke-20 (zaman kolonial British), sehingga kini. Kami cuba menyampaikan kesemuanya secara objektif, namun perlulah juga diakui, terdapat juga kecenderungan kami sendiri, yang terserlah di dalam ulasan dan catatan kami.
Apa pun, anggaplah ini sebagai usaha pemula sahaja. Selebihnya perlu digali dari sumber-sumber berwibawa yang lain, seperti karya-karya sejarawan, arkib-arkib perpustakaan, muzium, atau premis dan petempatan bersejarah (awam atau persendirian), termasuk juga sejarah lisan warga asalnya. Sebaiknya, semua usaha ini harus dirujuk atau diusahakan bersama para ahli/pakar bidang sejarah. Aktiviti sebegini seharusnya terus giat dijalankan dan disebarluaskan oleh sekolah-sekolah dan institusi-institusi pendidikan di sekitar Kajang.
Berikut adalah contoh hasil usaha pensejarahan tempatan yang telah dijalankan untuk bandar Kajang, yang perlu dicontohi oleh institusi-institusi di Bangi:-
Rencana Pusat Warisan Kajang (RTM) (TV2, 5 Mei 2016: "《老加影之乌鲁冷岳社区文物馆》").
Rencana Pusat Warisan Kajang (KPKT) (Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, 2019: "Siri Muzium dan Perpustakaan Komuniti Kampung Baru 2").
Rencana Pusat Warisan Kajang (sumbertv, 2023: "Kajang 2: Peranan Kajang Heritage Centre").

Antara kesan penting kegiatan pensejarahan tempatan yang aktif ialah budaya perancangan bandar yang peka terhadap warisan sejarah dan budaya semasa yang perlu dipelihara dan diraikan seadanya, selain memajukan persekitarannya. Sebagai contoh: latihan kajian pra perancangan Kajang ini tampaknya sensitif terhadap budaya dan sejarah setempat, kemungkinan kesan usaha pensejarahannya sejak beberapa dasawarsa: “The various culture of Kajang & people unfolding through layers of diversity … Sense of belongings with enrichment of old culture, the business that runs on the day & everyday, to make sure the life is on-going … The lack of quality for old generation to be able to adjust to new condition, similarly for the new generation as they hardly adapt to the old culture of Kajang. The old and new are co-exist within the same Kajang yet disconnected in terms of fusion of culture and communication. … The remnants of unmaintained structures, abandoned closed shophouses and the recession of old businesses from time to time tends to increase the possibility of displacement issue as the increase of new development and immigrants causing fading of sense of belonging. … Kajang is dynamic in its aspect of walkability, accessibility with diversed people using the public spaces, yet it is not dynamic in the aspect of cultural integration.” (Yeo Shi Jie, Jul 30, 2020: |"[ A DYNAMIC KAJANG: SITE B ] - Project 1 - 'Preliminary Study’ - Urban Analysis & Precedent Studies").
Beberapa penulisan, serta hasil kajian kritis berkaitan pensejarahan tempatan secara umum, sebagai panduan:-
Akhir kata, silakan membaca beberapa peringatan untuk kita bersama:-
Jika ada sebarang pembetulan, cadangan, maklumbalas, dsbgnya, silalah hubungi kami di sini. Semoga bermanfaat!
| Siri Cebisan Sejarah: | Bangi | Gambang | Hutan | Ipoh | Kajang | Kuala Lumpur | Kuantan | Pulau Pinang | Hubungi Kami |