User Tools

Site Tools


start

Cebisan Sejarah Kajang

Koleksi beberapa peristiwa di sekitar Kajang, yang ada direkodkan dalam sumber-sumber setakat yang dapat diperolehi di Internet, dan disusun menurut kronologi peristiwa. Antara sumber utama ialah Arkib Negara Malaysia, keratan-keratan akhbar di NewspaperSG (arkib digital akhbar tempatan yang beribu pejabat di Singapura sejak tahun 1827, kelolaan National Library Board (NLB) of Singapore), serta MyRepositori (arkib digital akhbar tempatan, kelolaan Perpustakaan Negara Malaysia). Pada setiap peristiwa, selain ringkasan liputannya, ditambahkan juga beberapa catatan ringkas atau capaian mengenai perkara atau tempat yang berkaitan, berdasarkan makalah-makalah dan kertas kerja para ilmuwan dan pengkaji sejarah, setakat yang ada di Internet sahaja.

An Air View' of a part of Kajang Town in the 1960's
Gambar hiasan: Bandar Kajang sekitar tahun 1960-an (diwarnakan): Vijaya Kumar Ganapathy @ Facebook, 12 Julai 2021: |"An Air View' of a part of Kajang Town in the 1960's").

Binaan

Kawasan Sekitar

Kronologi

Pembukaan Kajang

Terdapat beberapa riwayat pembukaan Kajang (di sebelah utara Rekoh), melibatkan orang asli suku Temuan, juga To' Lili (Bugis dari Riau), dan Raja Berayun (dari Mandailing).

“Satu versi mengutarakan bahawa Kajang telah diterokai oleh 'orang asli' suku Temuan pada kira-kira 1580 (versi lain pada 1799) dan merekalah yang menamakan tempat itu 'Kajang'. Varian lain mengisahkan bahawa peneroka itu adalah seorang ketua orang asli bernama Batin Seri Alam atau Batin Berenggai Besi , dari Kelang atau Sungai Ujong.[41]

[41] Maklumat ini pernah dimuat dalam laman web Majlis Perbandaran Kajang www.mpkj.gov.my/web/guest/sejarah dan juga www.mpkj.gpv.my/main.asp?MPKj=wan&profil=2&S=3&tajuk=Sejarah%20Kajang#2. Catatan pada laman web tersebut diambil daripada pengkaji sejarah tempatan Shahabudin Ahmad, 'Asal Nama Kajang dan Sekitarnya', Minggu Sejarah Negeri Selangor 16-18 Julai, 1975, Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Selangor (Buku Cenderamata).”

(Sumber: Abdur-Razzaq Lubis, 2021: "Tarikh Raja Asal: Derap Perantauan Kaum Mandailing dari Sumatra ke Tanah Semenanjung", m.s.225).

“Mengikut Selangor Journal (1897), Kajang didirikan oleh Inche Lili dari Riau 120 tahun sebelum itu, iaitu pada tahun-tahun 1770-an, di bawah naungan Sultan Muhammad. … Oleh kerana air bah, Inche Lili mendapat restu daripada Sultan Muhammad untuk berpindah meninggalkan Kajang ke kaki bukit di dekat muara Sungai Merbau. Inche Lili memberi nama pemukiman barunya itu 'Bandar Kajang', sama seperti nama tempat pemukimannya sebelum itu. (J.M. Gullick, ed., Selections from Selangor Journal, Kuala Lumpur: MBRAS, 2007, 80, memetik keterangan seorang penghulu Kajang pada 1890-an). Sultan Mohamed mengangkat Inche Lili menjadi Dato' Bandar Kajang dan mengaungerahkannya 'cap kuasa' (ertinya wewenang) untuk memerintah kawasan itu, mulai dari Sabak Dua hingga ke hilir Sungai Subang Hilang. Setelah Tok Lili meninggal dunia, Sultan Abdul Samad memindahkan kuasa kepada Toh Bandar Patok dan Nakhoda Umar, kedua-duanya kaum kerabat Tok Lili, untuk menggantikannya.” (Abdur-Razzaq Lubis, 2021: "Tarikh Raja Asal: Derap Perantauan Kaum Mandailing dari Sumatra ke Tanah Semenanjung", m.s.225).

“Terdapat fakta yang menyebut bahawa Kajang telah dibuka oleh ayah kepada Raja Alang iaitu Raja Berayun. Raja Berayun ialah seorang anak raja yang melarikan diri ke Selangor dari peperangan saudara di Sumatera. Di negeri Selangor beliau telah bersahabat baik dengan Sultan Abdul Samad. Raja Berayun kemudiannya telah membuka Kajang dan memerintah daerah Kajang dengan gelaran Tengku Panglima Besar.” (MAJLIS PERBANDARAN KAJANG (MPKj), 2006: |"SEJARAH KAJANG").

“Menurut Shahabuddin Ahmad, pengkaji sejarah tempatan Kajang, Raja Barayun yang 'telah membuka Kajang dan memerintah daerah Kajang dengan gelaran Tengku Panglima Besar', setepatnya, Tunku Panglima Raja. (Pemukiman di Kajang yang dibuka oleh Raja Barayun itu dekat dengan 'Jalan Mendaling' sekarang. http://www.mpkj.gov.my/main.asp?MPKj=wan&profil=2&S=2&tajuk=Sejarah%20Kajang#2 ….. Catatan pada laman web tersebut (Majlis Perbandaran Kajang) diambil daripada pengkaji sejarah tempatan Shahabudin Ahmad, 'Asal Nama Kajang Dan Sekitarnya', Minggu Sejarah Negeri Selangor 16-18 Julai, 1975, Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Selangor (Buku Cenderamata).” (Abdur-Razzaq Lubis, 2021: "Tarikh Raja Asal: Derap Perantauan Kaum Mandailing dari Sumatra ke Tanah Semenanjung", m.s.19, 225).

MAKLUMAT LANJUT: Pembukaan Kajang

1850-an: Perkembangan Rekoh

“Kajang started as a market place in 1860s where goods and produce were exchanged. Exploration for tin had been the main attraction in pulling migrants from Sumatra and Hakka labourers into Hulu Langat. Earliest recorded site of tin mining was at Rekoh, about 4 km from present Kajang. This is how Jln Reko, the road leading to UKM got its name. Frank Swettenham visited Rekoh in 1875 described the town had been a glorious place.” (Kajang Heritage Centre乌鲁冷岳社区文物馆, 21 April 2020: |"Kajang, a Tin Mining Town").

“Lee (Kim Sin) said much of Kajang’s history dating back to 1850s had been lost – Reko, the oldest settlement traced here, had “the best shops and houses of the time” according to the first British High Commissioner of Malaya Sir Frank Swettenham, but none of that can be seen now.” (Yip Yoke Teng @ The Star, 28 Jan 2019: |"Modern look is a defaced facade").

MAKLUMAT LANJUT: Rekoh

1890-an: Pembangunan Awal Kajang

1896: Peta Bandar Kajang

Peta Bandar Kajang, 1896Peta Bandar Kajang, 1945Peta Bandar Kajang, 2025

Kiri: Peta Bandar Kajang tahun 1896 (Arkib Negara 1957/0062295W, 12/03/1896: |"NAMING OF STREETS ETC IN TOWNS OF CHERAS KAJANG AND SEMENYIH"): “PLAN OF THE TOWN OF KAJANG, DISTRICT OF ULU LANGAT, SURVEY OFFICE SELANGOR, 10 MAR. 1896” (Abdur-Razzaq Lubis, 2021: "Tarikh Raja Asal: Derap Perantauan Kaum Mandailing dari Sumatra ke Tanah Semenanjung", m.s.226).

Tengah: Peta Bandar Kajang, sebahagian daripada peta tahun 1945: “Scale: Scale 1:7 500 (E 101°47'/N 2°59'); Description: [London] : published by War Office, 1945; 1 map : col. ; 49 x 42 cm.; Notes: Town plan of Kajang showing transportation, water features, vegetation, cultivation, built-up areas and buildings. Relief shown of hachures. At top of map: Malaya. Prime meridian: Greenwich. “2,500/9/45 S.P.C.”.” (Great Britain. Royal Air Force. Central Interpretation Unit, 1945 @ National Library of Australia digitised item: |"Town plan of Kajang [cartographic material]/ compiled and drawn by A.C.I.U. and War Office").

Kanan: Peta Bandar Kajang, 2025 (Mapcarta, 2025).

1896: Peta Pusat Bandar Kajang

A closeup of 1896 map of Kajang TownPeta Pusat Bandar Kajang, 1945Peta Pusat Bandar Kajang, 2025

Kiri: Peta pekan Kajang tahun 1896 (Arkib Negara 1957/0062295W, 12/03/1896: |"NAMING OF STREETS ETC IN TOWNS OF CHERAS KAJANG AND SEMENYIH"): “A closeup of 1896 map of Kajang Town. British Colonial Government then did some segmentation of the town from section 1- section 9. Early development concentrated in Section 1-4 along Jalan Mendeling, Jalan Tukang, and later extended to Jalan Besar(Main Street) and Jalan Tengah(Middle Street). The present Metro Plaza site was a tin mine by Towkay Chow Yoke who owned the row of shop houses along Main Street. If you notice a bridge over Langat River, it was not at present site. The wooden bridge link from Lorong Mendeling to the opposite bank at about 50m down the river from the present location. This is something interesting we found from National Archive. Credit to our research assistant Kah Hoe Lee who had been flipping through files and documents for months. 乌鲁冷岳社区文物馆增添了不少的新资料,都是我们的研究助理李家和全心投入,翻查国家档案馆资料,找出加影开埠历史记录。这1896年地图标出当年城市规划,最早的建筑集中在后街,杜更街;大街一排店屋,较后由赵煜(荣)兴建。地图上的矿湖,位于现今美景广场地段,属赵煜所有。至于横跨冷岳河的木桥,当时是建在后街巷口处,离目前的桥梁,大约50公尺。” (Kajang Heritage Centre, 16 November 2019: "A closeup of 1896 map of Kajang Town").

Tengah: Peta pekan Kajang, sebahagian daripada peta tahun 1945: “Scale: Scale 1:7 500 (E 101°47'/N 2°59'); Description: [London] : published by War Office, 1945; 1 map : col. ; 49 x 42 cm.; Notes: Town plan of Kajang showing transportation, water features, vegetation, cultivation, built-up areas and buildings. Relief shown of hachures. At top of map: Malaya. Prime meridian: Greenwich. “2,500/9/45 S.P.C.”.” (Great Britain. Royal Air Force. Central Interpretation Unit, 1945 @ National Library of Australia digitised item: |"Town plan of Kajang [cartographic material]/ compiled and drawn by A.C.I.U. and War Office").

Kanan: Peta pekan Kajang, 2025 (Google Maps, 2025).

MAKLUMAT LANJUT: 1890-an: Pembangunan Awal Kajang

1900-an: Petempatan Sekitar Kajang

Peta sekitar Kajang, 1904
Peta sekitar Kajang, 1904 (Edinburgh Geographical Institute, 1904 @ Yale University Library - Digital Collections: |"Selangor, Federated Malay States, 1904 / John Bartholomew & Co ; W.T. Wood, chief draftman").

MAKLUMAT LANJUT: 1900-an: Petempatan Sekitar Kajang

1912

Ladang-ladang yang tersenarai di daerah Ulu Langat pada tahun 1912:-


Estates Acreage Location Plantation
Balgownie and Bangi 1,027 acres Kajang Rubber
Braemar 532 acres Kajang Rubber
Broome 2,300 acres Bangi Rubber
Cherns and Emmott 1,025 acres Kajang Rubber
Dominion 1,150 acres Kajang Rubber
Glen Mary 300 acres Kajang Rubber
Glenshiel Sungei Tankas 2,134 acres Kajang Rubber
Inch Kenneth, Reko Hill and Dunedin 1,673 acres Kajang Rubber
Jendram 1,000 acres Bangi Rubber
Madingly 1,000 acres Kajang Rubber
Paradise 590 acres Kajang Rubber
Semenyih 710 acres Kajang (7th mile) Rubber
Sungei Rinching 1,125 acres Kajang Rubber
The West Country, Belmont, Aier Hitam, Colwall and Eastnor 7,210 acres Kajang Rubber

(Hongkong Daily Press Office, 1912: "The Directory & Chronicle for China, Japan, Corea, Indo-China, Straits Settlements, Malay States, Siam, Netherlands India, Borneo, the Philippines, & c": “ESTATES IN SELANGOR”, m.s.1386-1387).

1913: Kajang Resthouse

Kajang resthouse, 1913
“Kajang resthouse, 1913. Photo by M S Nakajima.” (Facebook Sabri Zain's Malayan History Society, 4 April 2024: "Kajang resthouse, 1913").

1945

Peta lama Kajang (1945)
Peta lama Kajang (1945): “Scale: Scale 1:7 500 (E 101°47'/N 2°59'); Description: [London] : published by War Office, 1945; 1 map : col. ; 49 x 42 cm.; Notes: Town plan of Kajang showing transportation, water features, vegetation, cultivation, built-up areas and buildings. Relief shown of hachures. At top of map: Malaya. Prime meridian: Greenwich. “2,500/9/45 S.P.C.”.” (Great Britain. Royal Air Force. Central Interpretation Unit, 1945 @ National Library of Australia digitised item: |"Town plan of Kajang [cartographic material]/ compiled and drawn by A.C.I.U. and War Office").

1980-an

Peta lama Kajang (akhir 1980-an)
Peta lama Kajang (akhir 1980-an): “This is an old map of Kajang. Development in Kajang town and its suburds is moving at a pace too fast. Its urban landscape is changing and the natural surrounding transforms. Township modernization starting from late 80s has disturbed the easy-going lifestyle of this southern town of Selangor.” (Kajang Heritage Centre乌鲁冷岳社区文物馆, 2 Ogos 2015: "This is an old map of Kajang").

MAKLUMAT LANJUT: Suasana Kajang 1980-an

Wacana Berkaitan

Bicara Sejarah Kajang @ Lorong Kajang Dulu-Dulu

Bicara Sejarah Kajang, di Lorong Kajang Dulu-Dulu (Majlis Perbandaran Kajang, 23 Ogos 2025: "Bicara Sejarah Kajang, di Lorong Kajang Dulu-Dulu").

Bicara Sejarah Kajang pada 23hb Ogos 2025 bertempat di Lorong Kajang Dulu-dulu jam 10am-1pm. Program ini bersempena Karnival 1001 Rasa Sate Kajang 22-24 Ogos 2025 @stadium kajang. (Panel Pembentang: En. Khairil - Perang Rekoh 1848; Dr. Tee Boon Chuan - Sejarah Tokong Cina Kajang 1875; En. Ashari - Masjid Lama Kajang; Dr Alinor - Ketamadunan Sungai Langat; Moderator: Sazli).

Pengakuan Penting: Kami Bukan Ahli Sejarah!

Perlu ditekankan, kami bukan ahli sejarah! Laman ini sekadar mengumpulkan cebisan maklumat berkaitan sejarah Kajang dan kawasan sekitarnya, setakat yang dapat ditemui di ruang Internet sahaja. Maka pastinya ia amat tidak lengkap, tidak menyeluruh, dan kurang wibawa berbanding karya ilmiah hasil kajian para sejarawan. Perlu diingatkan juga, sumber-sumber yang dinyatakan di sini adalah dari pelbagai sudut pandang dan latar para ilmuwan, pengkaji, wartawan dan editor akhbar, bermula dari awal kurun ke-20 (zaman kolonial British), sehingga kini. Kami cuba menyampaikan kesemuanya secara objektif, namun perlulah juga diakui, terdapat juga kecenderungan kami sendiri, yang terserlah di dalam ulasan dan catatan kami. ;-)

Apa pun, anggaplah ini sebagai usaha pemula sahaja. Selebihnya perlu digali dari sumber-sumber berwibawa yang lain, seperti karya-karya sejarawan, arkib-arkib perpustakaan, muzium, atau premis dan petempatan bersejarah (awam atau persendirian), termasuk juga sejarah lisan warga asalnya. Sebaiknya, semua usaha ini harus dirujuk atau diusahakan bersama para ahli/pakar bidang sejarah. Aktiviti sebegini seharusnya terus giat dijalankan dan disebarluaskan oleh sekolah-sekolah dan institusi-institusi pendidikan di sekitar Kajang.

Contoh Usaha Pensejarahan

Berikut adalah contoh hasil usaha pensejarahan tempatan yang telah dijalankan untuk bandar Kajang, yang perlu dicontohi oleh institusi-institusi di Bangi:-

Inspiration - SWOTUrban Issues - SWOT
Antara kesan penting kegiatan pensejarahan tempatan yang aktif ialah budaya perancangan bandar yang peka terhadap warisan sejarah dan budaya semasa yang perlu dipelihara dan diraikan seadanya, selain memajukan persekitarannya. Sebagai contoh: latihan kajian pra perancangan Kajang ini tampaknya sensitif terhadap budaya dan sejarah setempat, kemungkinan kesan usaha pensejarahannya sejak beberapa dasawarsa: “The various culture of Kajang & people unfolding through layers of diversity … Sense of belongings with enrichment of old culture, the business that runs on the day & everyday, to make sure the life is on-going … The lack of quality for old generation to be able to adjust to new condition, similarly for the new generation as they hardly adapt to the old culture of Kajang. The old and new are co-exist within the same Kajang yet disconnected in terms of fusion of culture and communication. … The remnants of unmaintained structures, abandoned closed shophouses and the recession of old businesses from time to time tends to increase the possibility of displacement issue as the increase of new development and immigrants causing fading of sense of belonging. … Kajang is dynamic in its aspect of walkability, accessibility with diversed people using the public spaces, yet it is not dynamic in the aspect of cultural integration.” (Yeo Shi Jie, Jul 30, 2020: |"[ A DYNAMIC KAJANG: SITE B ] - Project 1 - 'Preliminary Study’ - Urban Analysis & Precedent Studies").

Perihal Pensejarahan Tempatan

Beberapa penulisan, serta hasil kajian kritis berkaitan pensejarahan tempatan secara umum, sebagai panduan:-

Akhir kata, silakan membaca beberapa peringatan untuk kita bersama:-

Jika ada sebarang pembetulan, cadangan, maklumbalas, dsbgnya, silalah hubungi kami di sini. Semoga bermanfaat!

Selain petikan dan sumber yang dinyatakan, rencana ini telah diusahakan oleh TMK Pulasan, di bawah kelolaan Syahrul Sazli Shaharir <sazli@pulasan.my>. Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.

start.txt · Last modified: by sazli