User Tools

Site Tools


subang_hilang

This is an old revision of the document!


Subang Hilang / Subang Ilang / Sobang Elang

Dirujuk oleh

Perihal

Selain Sungai Sabak Dua, Subang Hilang merupakan salah satu mercu tanda sempadan daerah Kajang sekitar tahun 1800-an: “The boundaries of Inche Lili's domain were the district of Ulu Langat from Sungei Sabak Dua upstream following the Dato' Langat's boundary and downstream following the boundary of Dato' Ali as far as Subang Hilang.” (1897: The Selangor Journal: Jottings Past and Present, Volume 5, hlm.306-307).

Setakat ini lokasi Subang Hilang belum dapat dipastikan. Terdapat beberapa kemungkinan lokasinya, seperti yang disenaraikan di bawah.

Lokasi 1: Hilir dari Kuala Labu: Berhampiran Labohan Dagang?

Peta persempadanan lama Selangor-Sungai Ujong, 1876
Peta persempadanan lama Selangor-Sungai Ujong, 1876. Turut ditandakan (dijelaskan lagi dengan bulatan merah), antara mercu tanda sempadan daerah Langat (Selangor) dan Kajang (Sungai Ujong) ketika itu, iaitu “Sobang Elang” (Subang Hilang). Menurut peta ini, lokasinya ke hilir lagi dari kuala Sungai Labu: “compiled from sketch surveys made by Captain Innes R E, J W Birch and D Daly, and Admiralty Charts. Lithographed under the direction of Lt. Col. R. Home C.B.R.E” (Royal Geographical Society, London; Royal Geographical Society (Great Britain), 1876: |"Map of Part of The Malay Peninsula, 1876").

Jika menurut peta ini, dan sekiranya sempadan ini kekal sehingga tahun 1930-an, kemungkinan lokasi Subang Hilang adalah di sebelah timur Kampung Labohan Dagang, sebagaimana ilustrasi peta di bawah:-

Peta Labohan Dagang, 11/10/1930Peta Labohan Dagang, 8/2/1931
Kiri: Peta Labohan Dagang, 11/10/1930. Bersempadan dengan “District of Ulu Langat”.
Kanan: Peta Labohan Dagang, 8/2/1931
(Sumber peta-peta ini: Arkib Negara 1957/0268181W, 11/10/1930: |"RE-GAZETTING OF LABOHAN DAGANG MALAY RESERVATION IN TANJONG DUABLAS MUKIM; Description : DISTRICT OFFICER KUALA LANGAT SUBMITTED PROPOSAL ON THE RE-GAZETTING OF LABOHAN DAGANG MALAY RESERVATION WHICH WAS CONSTITUTED BY GAZETTE NOTIFICATION NO. 790 OF 9.2.1923 FOR THE APPROVAL AND PUBLICATION IN THE GAZETTE BY THE COUNCIL.").

Lokasi 2: Mudik dari Kuala Labu: Berhampiran Ampar Tenang?

Sumber 1884: Catatan G.C. Bellamy

Namun menurut G.C. Bellamy (1884: ketika itu beliau mungkin bertugas di Kuala Langat, sebelum dilantik menjadi Pemungut Cukai dan Majistret di sana pada 11 Mei 1885), dalam perjalanan ke Subang Hilang, beliau singgah di Amparan Tenang di tebing kanan Sungai Langat, ke hulu sedikit dari Kuala Labu, berdekatan dengan Simpang Ampat. Menurut catatan ini, Subang Hilang terletak ke hulu lagi dari kuala Sungai Labu:-

“Kajang
17th Sept: 1884.

Sir.
I have the honour to report that on my way to Subang Ilang on Thursday last I spent the night at a place called Amparan Tenang on the right bank of the R. Langat above K. Labu.
2. The campong is owned by a man named Mahomed Deriss who is very anxious to be made a sort of head over the Sakeis living between Subang Ilang & Sempang Ampat. He has great influence with these people who on their part entertain a great liking for him and as I think such an arrangement would be beneficial to that part of my District I beg respectfully to bring this to your notice for approval.
3. Mahomed Deriss is the son of Datoh Allee, Penghulu of Teluk Datto, in the Langat District.

I have the honour to be
Sir
Your most obedient servant
George C. Bellamy
Ag: C. of ?”

(Sumber: Arkib Negara 1957/0003623W, 17/09/1884: |"REPORTING HIS PROCEEDINGS TO SUBANG [IILANG]").

Sumber 1906: Catatan W.W. Skeat

Menurut Skeat (1906), Tunggul Si jaga (berhampiran/bersamaan Bukit Tunggul) terletak ke hulu sedikit dari Subang Hilang:-

“A song of a very different sort was the Besisi Trumba or Song of Tribal Origin, which has a special interest of its own as representing an attempt on the part of this race of jungle-dwellers to keep some sort of record of their history. The Besisi who gave it me was an old man named Bedoh, of Sepang Kechil. Part of this Trumba at least seems to preserve the traditions of old tribal boundaries, and I believe it really supplies the clue to the long strings of (generally contiguous) place-names that are so often described as occurring in the songs of the Semang and Perak Sakai, The following version is a little freer than that given elsewhere in this book. … 'Tunggul Si Jaga,' the 'Stump of the Watcher,' was the name of a stump in a commanding position, near the River Langat (a little above Subang Hilang), from which a look-out used to be kept by pirates in the days when they infested the Langat River. The spot is still well known.” (Walter William Skeat, 1906: |"Pagan races of the Malay Peninsula", Vol. 2, m.s. 164-167).

Kemungkinan Lokasi 2

Berdasarkan catatan-catatan di atas, antara kawasan-kawasan yang dilalui apabila memudiki Sungai Langat (ditandakan dengan bulatan merah dalam peta-peta 1962 & 2025 di bawah):-

  1. Kuala Labu (Kuala Sungai Labu)
  2. Amparan Tenang (Kg Ampar Tenang)
  3. Simpang Ampat (Kg Simpang Empat)
  4. Tunggul Si Jaga (Bukit Tunggul)

Perkampungan orang asli yang dinyatakan dalam catatan di atas adalah di antara Subang Hilang dengan Simpang Ampat: namun tidak dapat dipastikan sama ada ke hilir atau ke hulu dari Simpang Ampat. Maka kemungkinan lokasi Subang Hilang adalah dalam kawasan yang ditandakan sebagai bulatan kuning, iaitu sekitar Ampar Tenang hingga Bukit Tunggul:-

Peta kemungkinan lokasi Subang Hilang, 1962Peta kemungkinan lokasi Subang Hilang, 1962 (Dekat)
Peta kemungkinan lokasi Subang Hilang, 2025Peta kemungkinan lokasi Subang Hilang, 2025 (Dekat)
Atas: Kemungkinan lokasi Subang Hilang (sekitar bulatan kuning - sebelah kanan: jarak lebih dekat), berdasarkan peta 1962 (Director of National Mapping, Malaysia, 1963 @ Australian National University: |"Malaysia, Negri Sembilan, Selangor, Sepang, Series: L7010, Sheet 102, 1963, 1:63 360").
Bawah: Kemungkinan lokasi Subang Hilang (sekitar bulatan kuning - sebelah kanan: jarak lebih dekat), berdasarkan peta 2025 (Google Maps).

Di Lokasi 2: Kampung Orang Asli Bukit Jenuk

Kini sebahagian daripada kawasan di dalam bulatan kuning itu adalah perkampungan orang asli Temuan, iaitu Kampung Orang Asli Bukit Jenuk (Mungkin kesinambungan petempatan orang asli dalam catatan Skeat (1906) di atas?).

Kg oa Bukit Jenuk, Selangor"Tampal Rumah" Insaf Malaysia at Bukit Jenuk, Dengkil, SelangorTemuan people in Kampung Orang Asli Bukit Jenuk in Dengkil, Selangor.
Kiri: “Kg oa Bukit Jenuk, Selangor” (Temuan TV @ Facebook, 30 Disember 2023: "Kg oa Bukit Jenuk, Selangor").
Tengah: ““Tampal Rumah” Insaf Malaysia at Bukit Jenuk, Dengkil, Selangor” (Norul Juliana @ Pertubuhan Bantuan Teknikal Insaf Malaysia, 6 Januari 2015: |""Tampal Rumah" Insaf Malaysia at Bukit Jenuk, Dengkil, Selangor").
Kanan: “Temuan people in Kampung Orang Asli Bukit Jenuk in Dengkil, Selangor.” (Tianyake @ Flickr / nandini_bala @ Says, 27 Jul 2017: |"The 101 On Malaysia's Orang Asli & Native Community. They're More Diverse Than We Think!").

Menurut statistik tahun 2009, kampung ini adalah di antara 15 buah kampung orang asli di daerah Sepang kini, dengan jumlah penduduk seramai 56 orang, daripada 15 buah keluarga:-

“PERTANYAAN-PERTANYAAN BERTULIS DARIPADA Y.B. TUAN PHILLIP TAN CHOON SWEE (TELUK DATUK)
TAJUK: KAMPUNG ORANG ASLI
84. Bertanya kepada Y.A.B. Dato’ Menteri Besar:-
a) Berapakah bilangan kampung orang asli yang terdapat di seluruh Negeri Selangor? Sila senaraikan lokasi-lokasi serta bilangan penduduknya.
…..
JAWAPAN :
Terdapat 74 buah penempatan atau Kampung Orang Asli yang masih wujud di sekitar 5 Daerah di Negeri Selangor. Ianya merangkumi Daerah Hulu Selangor : 16 Kampung, Gombak dan Petaling : 11 Kampung, Hulu Langat : 9 Kampung, Sepang : 15 Kampung dan Kuala Langat dan Klang : 23 Kampung menjadikan semuanya 74 Buah Kampung Orang Asli yang berada di dalam Negeri Selangor.”

BIL KAMPUNG DAERAH KIR AIR
28 KAMPUNG BATU 28, JENDERAM SEPANG 35 107
29 KAMPUNG KELINSING SEPANG 26 87
30 KAMPUNG BUKIT TAMPOI SEPANG 58 232
31 KAMPUNG AIR TERENTANG SEPANG 22 86
32 KAMPUNG SUNGAI BUAH SEPANG 22 85
33 KAMPUNG BUKIT BAJA SEPANG 47 195
34 KAMPUNG SUNGAI BELANKAN SEPANG 14 43
35 KAMPUNG SUNGAI MELUT SEPANG 50 151
36 KAMPUNG BUKIT BANGKONG, DENGKIL SEPANG 88 314
37 KAMPUNG BUKIT BANGKONG, SG. PELEK SEPANG 161 495
38 KAMPUNG BUKIT DUGANG SEPANG 26 100
39 KAMPUNG BAKOK SEPANG 15 61
40 KAMPUNG BUKIT JENUK SEPANG 15 56
41 KAMPUNG JAMBU SEPANG 11 33

“Catatan :

KIR – Ketua Isi Rumah
AIR – Anggota Isi Rumah
…..”

(Sumber: Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009, 10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009: |"84) KAMPUNG ORANG ASLI", hlm.154).

Walaupun kampung ini mungkin telah lama wujud, ia masih terpinggir dan tidak menerima kemudahan air dan elektrik sehingga tahun 2016:-

  • 2015-03-17: “Land issues affecting the orang asli in Bukit Tunggul and Bukit Jenuk, near Dengkil, need to be resolved so that they can be provided with amenities, says the Centre for Orang Asli Concerns. The centre's coordinator Dr Colin Nicholas said only landowners could apply for amenities, but the orang asli did not have land titles. 'Solve the orang asli land issue first by recognising the existing villages as orang asli reserve land,' he said.” (Loh Foon Fong @ The Star, 17 March 2015: |"Time to resolve orang asli land issues near Dengkil").
  • 2015-11-13: “Sehingga kini masih terdapat empat Kampung Orang Asli yang masih belum mendapat bekalan elektrik seperti berikut; Kg OA Bukit Jenuk, Sepang – dalam proses pembinaan oleh TNB” (Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015, 30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015: |"85) KAMPUNG ORANG ASAL").
  • 2016-03-09: “Tinjauan FMT ke Dengkil mendapati sekurang-kurangnya tiga kawasan penempatan – Kampung Orang Asal Bukit Tunggul Blok A, Blok B dan Blok C – tidak mendapat akses elektrik dan air walaupun rumah mereka berdekatan dengan Jalan Kajang-Dengkil. Manakala penempatan berhampiran, Kampung Orang Asli Bukit Jenuk pula baharu mendapat bekalan air bersih, tetapi tiada bekalan elektrik disalurkan. Kesemua penempatan itu diduduki Orang Asal yang majoriti daripada suku Temuan, sedikit daripada suku Mah Meri, orang Melayu dan kaum India. Walaupun kawasan perkampungan terbabit langsung tiada bekalan elektrik atau air, namun landasan Express Rail Link (ERL) yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dibina melalui kawasan itu.” (Faridz Ridzwan @ Free Malaysia Today, 9 Mac 2016: |"Kampung sebelah Putrajaya, tapi tiada air, elektrik").
    “Another settlement there, Kampung Orang Asli Bukit Jenuk, only just received water supply but does not have electricity supply. Most of its residents work as labourers in Bangi, Kajang, Dengkil and Putrajaya.” (Faridz Ridzwan @ Free Malaysia Today, 9 Mac 2016: |"No power or water for Orang Asli 5km from Putrajaya").
  • 2016-03-24: “Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Menteri, saya ada bangkitkan pasal isu kampung Orang Asli, dua buah kampung yang berhampiran dengan Putrajaya iaitu Bukit Jenuk dan Bukit Tunggul yang masih lagi tidak dapat perkhidmatan bekalan elektrik.

    Jadi- Mentari ada catat tak ini? Saya ada bangkitkan dalam perbahasan saya, Menteri. Jadi, saya minta jawapan Menteri sebab ini kampung orang miskin, Orang Asli berdekatan pula dengan Putrajaya. Jadi, sudah lama merdeka tidak dapat lagi elektrik ini, sebelum kita cerita pasal sistem solar kah atau apa, kita bagi dahulu elektrik pada dua buah kampung inilah.

    Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili: Sebenarnya, memang Yang Berhormat Sepang ada sentuh tetapi perkara ini di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KKLW). Jadi, saya difahamkan ia telah…

    Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Elektrik bawah Menteri kan?

    Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili: Akan tetapi difahamkan ini telah pun dijawab dalam penggulungan pihak kementerian tersebut. Biasanya di kawasan bandar-bandar di bawah utiliti TNB ataupun SESB, di mana dikategorikan luar bandar dan pembiayaan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Akan tetapi untuk makluman Yang Berhormat, kementerian difahamkan bahawa projek untuk memberikan bekalan elektrik kepada penduduk Bukit Jenuk dan Bukit Tunggul telah pun disenaraikan dalam kontrak KKLW di bawah Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) dan telah dianugerahkan kepada TNB untuk melaksanakan di tapak, dijadualkan bermula Mei 2016 dengan kos RM723,359. Jadi, saya akan pantau supaya ini terlaksana. Terima kasih.”
    (PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT, 24 Mac 2016: |"PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT PERTAMA", hlm.47).
  • 2016-08-02: Akhirnya bekalan elektrik dibekalkan ke kampung ini: “Tnb dah masuk kampung orang asli daerah sepang ini sejak 2 minggu lalu. Tiang lampu tnb dh siap. Pencawang sedang dibina. Nenek lina, jkkk ali ucap terima kasih. dah lama sangat mereka dambakan “cahaya' di waktu malam. selama ini bergantung pada genset dan lilin. Terima kasih tnb! Jakoa negeri selangor mohon bantu pendawaian setiap rumah dan deposit masuk tnb.”
    Tnb dah masuk kampung orang asli daerah sepang ini...
    (Sumber: Azlan Sharif @ Facebook, 2 Ogos 2016: "Tnb dah masuk kampung orang asli daerah sepang ini...").
subang_hilang.1756818793.txt.gz · Last modified: by sazli