User Tools

Site Tools


masjid_kajang

This is an old revision of the document!


Masjid Kajang (1900-an)

1896-01-20: Permohonan Dana Kerajaan

1930-an: Gambar Masjid Lama


“…group photograph taken at Masjid Jamek Kajang, Jalan Sungai Kantan, probably in the 1930s. Seated, from left: 1 Manap Gemok, Ayah Lembut ; 2 Pak Ariffin ; 3 Maidan ; 4 Haji Jamil ; 5 Sultan ; 6 Enche Mat, D.A.D.O ; 7 Abdul Aziz, Agricultural Officer ; 8 Raja Mansor, Penghulu Kajang ; 9 Raja Yacob, D.O. ; 10 Raja Musa, A.D.O ; 11 Syed Ahmad, Penghulu Beranang ; 12 Haji Abdul Hamid (kadhi) ; 13 Raja Bazit ; 14 Syed Baldin ; 15 Pak Busu, Kampung Bukit ; 16 Pak Yakub ; 17 Yahya Syed Ahmad ; 18 Tok Engku Shamsuddin ; Seated on the ground (bersila): 19 Penghulu Ngah ; Standing: 20 Haji Ismail (bapa Ustaz Anuar) ; 21 Saidi ; 22 Pak Ma'zin ; 23 Chegu Mat Tawil ; 24 [?] ; 25 Haji Ismail Kari Atak ; 26 Haji Hashim, bapa Amir ; 27 Lebai Abbas (imam) ; 28 Haji Amin ; 29 Chegu Yusof ; 30 Atuk Hassan Trunk Call ; 31 Haji Wahid (bilal) ; 32 Pak Taib ; 33 Manap ; Standing in the mosque: 34 Dolah Saigon (tok siak); Photograph taken by 'Kedai Jepun Mino'. COURTESY OF IR. ASHARI MOHD. YAKUB”

(Sumber: Abdur-Razzaq Lubis, 2018: Sutan Puasa, founder of Kuala Lumpur, hlm.492-493).

1970: Masjid Baru Kajang


Kiri: “Masjid baru sedang di-bena” (Berita Harian, 27 December 1969, Page 4: |"Masjid baru Kajang hampir siap").
Kanan: Masjid baru setelah disiapkan (Gambar Arkib NST) (-, 20 July 1970: |DK00234).

“Lebeh tiga ribu orang pendudok Islam di-Mukim Kajang, Selangor, di-jangka akan mulai menunaikan sembahyang Juma'at di-masjid baharu yang sekarang hampir siap di-bena. Masjid tersebut menelan perbelanjaan kira2 $300,000 di-bena dalam kawasan sa-luas lima ekar - dua ekar tanah Kerajaan dan tiga ekar lagi di-beli dengan harga $60,000. Pendudok Kajang mengingini sa-buah masjid baharu semenjak tahun 1954 dahulu lagi untok menggantikan masjid lama yang sekarang berumor lebeh 50 tahun dan hanya dapat menampong kira2 300 orang sidang jema'ah. Ketika bersembahyang Juma'at, ramai para jema'ah terpaksa bersembahyang di-chelah2 kasut atau selepar di-anjong masjid. Keadaan itu menjadi lebeh sesak lagi dalam masa sembahyang hari raya.

Chita2 mendirikan masjid baharu mulai di-laksanakan pada 2 Julai, 1969 ketika Enche Hassan bin Ibrahim, Pegawai Daerah, di-lantek sa-bagai Pengerusi Jawatankuasa Pembenaan Masjid Jame' Mukim Kajang. Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak meletakkan batu asas masjid itu pada 23 Ogos, 1969. Sekarang hampir2 70 peratus kerja membena-nya telah di-selesaikan. Saya menjangka masjid itu akan siap sa-lambat2-nya dalam bulan Mach tahun 1970', kata Enche Hussain bin Soud, Penghulu Mukim Kajang merangkap Setiausaha Pembenaan Masjid tersebut. Kata-nya masjid baharu akan dapat menampong 2,000 orang sidang jema'ah sementara tingkat atas bangunan itu dapat di-gunakan untok kaum wanita. 'Di-tingkat itu sahaja boleh muat lebeh 300 orang untok bersembahyang,' kata Enche Hussain. Bentok masjid itu, pada keselurohan-nya, ada-lah saperti Masjid Jame' di-Machang, Kelantan dengan sadikit pindaan yang di-buat oleh akitek Enche Ariffin bin Abdullah yang juga di-datangkan dari Kelantan. Kerajaan Negeri Selangor mula-nya memberikan bantuan $100,000 sahaja demikian juga Kerajaan Pusat, tetapi atas jasa baik Tuan Haji Muhammad Nazir, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Enche Shariff Ahmad, Ahli Dewan Ra'ayat, tiap2 kerajaan menambah bantuan masing2 sa-banyak $30,000 lagi. Orang ramai pula di-harapkan menyumbang-kan sa-jumlah $40,000. Kata Enche Hussain: 'Derma2 yang datang sunggoh menggalakkan termasok dari orang bukan Islam. Sa-hingga hari ini, anggaran yang di-harapkan itu boleh di-katakan sudah menchukupi. 'Sa-bahagian besar derma2 datang dari mukim ini sendiri. Hanya sa-bahagian kechil dari mukim2 lain.

Adek beradek Akik Khan, hartawan di-Kajang, ia-lah di-antara orang Islam yang paling banyak memberi derma. Beliau menyumbangkan alat pembesar suara berharga $2,365.' 'Bagaimana pun,' kata Enche Hussain lagi, 'derma2 maseh di-perlukan kerana banyak lagi yang harus di-buat saperti tempat meletakkan basikal dan membena jalan masok ka-masjid. Projek itu sahaja di-taksir menelan belanja sa-banyak $19,000.' Menyentoh bangunan masjid lama yang terletak tidak jauh dari bangunan baharu, beliau tidak dapat menegaskan sama ada ia akan di-runtohkan atau di-biarkan ba-gitu sahaja. Ma'alum-lah masjid, bukan mudah hendak meruntoh2kan sa-buah masjid,' kata-nya. 'Tetapi kalau Kerajaan hendak menggunakan tapak-nya bagi sa-suatu ranchangan pembangunan terpaksa-lah bangunan lama itu di-runtohkan,' beliau menambah. Sa-lepas Enche Hassan Ibrahim berpindah ka-Kuala Lumpur, jawatan Pengerusi Masjid di-pegang oleh Pegawai Daerah yang baharu Enche Abu Hassan bin Omar. Bila Enche Abu Hassan pula bertukar, tempat-nya di-penohi oleh Raja Azman bin Raja Ismail, Pegawai Daerah Kajang yang baharu. Bagi pehak Jawatankuasa, Enche HUssain menguchapkan rasa terima kaseh-nya yang ta' terhingga kapada orang2 yang telah menghulorkan derma.”


Kiri: “Masjid lama berumor 50 tahun” [1919?]
Kanan: “Hussain Soud” [Penghulu Mukim Kajang merangkap Setiausaha Pembenaan Masjid]

(Sumber: Berita Harian, 27 December 1969, Page 4: |"Masjid baru Kajang hampir siap").

Di Mana Masjid Lama Sekarang?

masjid_kajang.1781793982.txt.gz · Last modified: by sazli