User Tools

Site Tools


maahad_hamidiah

This is an old revision of the document!


Sekolah Maahad Hamidiah (1963)

Kronologi

1948/1952/1963: Penubuhan Sekolah Arab Kajang

1948? 1948-04-24: Mesyuarat Pertama Hizbul Muslimin Selangor

“Mesyuarat sulung Hizbul Muslimin cawangan Selangor yang dipimpin oleh Ustaz Mohamed Sasi selaku Presiden pula telah diadakan di Sekolah Arab, Kajang pada 24 April 1948. Mesyuarat tersebut dihadiri sekitar 110 orang hadirin seperti Ustaz Abu Bakar al-Baqir, Raja Idris selaku Penghulu Kajang dan Tuan Haji Arshad selaku Kadi Lenggeng, Negeri Sembilan, termasuklah 35 orang perempuan yang menrupakan anggota AWAS. Ketika menyampaikan ucapan pembukaan, Ustaz Abu Bakar al-Baqir menegaskan bahawa orang Melayu jauh ketinggalan dalam segenap aspek kehidupan, dan beliau menyalahkan guru agama dan pegawai agama disebabkan pencapaian orang Metayu yang masih perlahan dalam bidang agama. Meskipun guru agama telah dilantik oleh sultan untuk mengajar Islam, namun mereka kelihatan agak malas dan hanya berminat dengan hal ehwal mereka sendiri. Ustaz Abu Bakar al-Baqir juga mendakwa bahawa golongan aristokrat Melayu dan pegawai tinggi kerajaan sudah hilang kepercayaan terhadap Islam, dan keadaan ini juga banyak dipengaruhi oleh pengaruh penjajah. British juga memaparkan laporan dari Selangor berkenaan percubaan Hizbul Muslimin cawangan Selangor menghubungi pemimpin Melayu berhaluan kiri di Hulu Langat, Selangor bagi membincangkan penubuhan Bahagian Belia Hizbul Muslimin cawangan Selangor. (CO 537/3751, MalayanSecurity Service, Political Intelligence Journal, No.9/1948, 15 Mei 1948, hlm.296.)” (Abu Hanifah Haris:|"REAKSI BRITISH TERHADAP KEGIATAN MAJLIS AGAMA TERTINGGI (MATA) DAN HIZB-UL MUSLIMTN DI TANAH MELAYU, 1948-1949", MALAYSIA dari segi SEJARAH, Bil.42-2014, hlm.49).

1952? Penubuhan JAIS

“Pada tahun 1952, setelah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Selangor ditubuhkan, secara tidak lansung pengurusan sekolah-sekolah agama cuba ditingkatkan demi memartabatkan pendidikan Islam dan sekolah-sekolah agama di negeri Selangor. Tahun 1954 menyaksikan tertubuhnya beberapa buah sekolah agama dan arab antaranya;

a) Sekolah Arab di Sabak Bernam (asas penubuhan Maahad Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah)

b) Sekolah Arab Kajang (dikenali Maahad Hamidiah Kajang)

c) Sekolah Arab Putera Puteri Jeram

d) Sekolah Arab Batang Kali”
(Dokumentasi Arkib Bahagian Pendidikan Islam (BPI/yawowsinzai), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS): |"Sejarah Pendidikan Islam").

1963? Diasaskan oleh Ustaz Haji Abdul Hadi Abdul Hamid

“Pengasas sekolah ini ialah Ustaz Haji Abdul Hadi Abdul Hamid, yang berasal dari Sumatera, Indonesia. Beliau menubuhkan sekolah ini pada tahun 1963. Bangunan asal sekolah ini terletak di Batu 14, [Jalan] Cheras bertentangan dengan Masjid Jamek, Kajang.” (SMKA Maahad Hamidiah, 2019: |Al-Mustaqim Edisi 34, hlm.13).

1966-11-17: Penyakit Ganjil di Maahad Hamidiah

13 daripada 32 orang pelajar diserang penyakit ganjil di asrama Sekolah Maahad Hamidiah, dan dibawa pulang ke rumah masing-masing: “Ibubapa pelajar2 Sekolah Menengah Arab Ma'had Al-Hamidiah Kajang telah mengambil balek anak masing2 untok berubat sa-telah sa-jenis penyakit ganjil menyerang pelajar itu di-asrama mereka semalam. Asrama sekolah itu yang di-tumpangi oleh 32 orang pelajar lelaki dan perempuan hari ini senyap sunyi. Dato Abdul Rani bin Shamsuddin, Ketua Lembaga Sekolah itu berkata sekolah itu telah di-tutup sa-lama tiga hari. Sa-ramai 13 orang pelajar di-dalam bilek darjah mereka telah di-serang oleh penyakit ganjil itu sejak hari Sabtu lalu. Guru Besar sekolah itu, Tuan Haji Hashim bin Haji Abdul Aziz memberitahu bahawa sa-orang pelajar perempuan, Hasnah binti Malek, berumor 14 tahun, telah di-serang oleh penyakit itu pada malam Sabtu. Hasnah di-katakan telah menangis dengan tiba2 dan dalam masa tidak sedarkan diri dia mengatakan ia orang halus. Dalam masa itu juga dia memberi beberapa 'fatwa' kapada guru-nya, Che Zainab binti Husein. Hasnah kemudian-nya di-hantar balek ka-rumah-nya di-Bangi, 10 batu dari Kajang. Semalam ketika pelajar2 sekolah itu sedang membacha untok menghadapi pepereksaan akhir tahun pada 23 dan 24 November ini, sa-orang pelajar lagi di-serang oleh penyakit itu. Pelajar itu, Ismail bin Yaakub, berumor 17 tahun, johan berzanji tahun lalu, telah menangis dengan tiba2. Sa-masa beberapa orang pelajar sedang menolong Ismail, sa-orang pelajar perempuan Azizah binti Daud, berumor 15 tahun pula di-serang penyakit itu. Azizah ada-lah johan membacha Kur'an daerah Ulu Langat pada tahun 1964. Tidak berapa minit kemudian sa-ramai 10 orang pelajar lain di-jangkiti penyakit ganjil itu. Tuan Haji Hashim berkata: 'Penyakit itu sangat ganjil. Ada di-antara mereka menangis dengan tiba2. Ada yang meronta2 hendak lari dan ada yang melaung2 berazan.' Peristiwa itu berlaku dalam masa kira2 30 minit sahaja. Beberapa orang bomoh telah di-kejarkan ka-asrama itu dan mereka menyatakan pelajar2 itu telah 'di-rasok oleh jin Islam,' kerana asrama itu letak-nya tidak jauh dari Masjid Kajang. Jauh-nya di-antara asrama sekolah Arab itu dengan masjid kira2 10 ela sahaja. Kebanyakan penuntut yang tinggal di-asrama itu datang dari tempat2 jauh, ia-itu dari Ulu Langat, Beranang, Bangi, Telok Anson, dan Melaka. CHATATAN: Sa-ramai 160 orang pelajar Ugama Khas yang sedang belajar di-sekolah itu pada waktu petang (2.00 hingga 5.00) tetap belajar sa-perti biasa.” (Berita Harian, 17 November 1966, Page 1: |"Penyakit ganjil serang pelajar2").

Gambar di-atas menunjokkan bangunan sekolah tersebut yang di-ambil oleh juru gambar Berita Harian Othman Ya'akub.AVR00060
Kiri: “Gambar di-atas menunjokkan bangunan sekolah tersebut yang di-ambil oleh juru gambar Berita Harian Othman Ya'akub. Suasana di-sekeliling kawasan Sekolah Menengah Arab Ma'ahad Al-Hamidiah, Kajang sunyi dan tenang sejak jari Thalatha kelmarin apabila 10 orang pelajar-nya di-serang oleh sa-jenis penyakit ganjil. Antara pelajar2 yang di-hinggapi penyakit itu, termasok 6 orang pelajar wanita. Lapan orang guru berkhidmat di-sekolah itu termasok 5 orang guru wanita.” (Berita Harian, 19 November 1966, Page 2: |"SUASANA di-sekeliling kawasan Sekolah Meuengah Arab Maahad AI-Hamidiah...").
Kanan: Gambar dari Arkib NST (NSTP, 18 November 1966: |AVR00060).

“Sa-ramai 161 orang pelajar Sekolah Menengah Arab Ma'had Al-Hamidiah Kajang akan kembali bersekolah sa-mula hari Ahad ini. Mereka akan menghadapi pepereksaan akhir pada 23 November ini. Demikian Guru Besar-nya, Tuan Haji Hashim bin Haji Abdul Aziz memberitahu Berita Harian hari ini. Sekolah itu di-tutup sejak hari Thalatha kelmarin sa-telah sa-jenis penyakit ganjil menyerang 10 orang pelajar2-nya yang tinggal di-asrama pada hari Juma'at. Antara mereka yang di-hinggapi penyakit ganjil itu ia-lah enam orang pelajar wanita. Sa-ramai 32 orang pelajar - 27 orang pelajar wanita tinggal di-asrama tersebut. Penyakit ganjil itu berlaku kira2 pukul 10 malam dan pelajar yang pertama kena serang ialah Amanah binti Abdul Malek, berumor 14 tahun. Kemudian penyakit itu menyerang 9 orang pelajar lain. Bomoh di-panggil segera malam itu juga. Tuan Haji Hashim berkata, penyakit itu menjangkit pula kapada 7 orang pelajar lagi, tetapi tidak terok. Semua pelajar2 yang di-hinggapi penyakit itu sekarang pulang ka-kampong. Tuan Haji Hashim menerangkan kejadian sa-perti itu pernah berlaku kapada sa-orang pelajar lelaki sekolah itu dalam bulan September lalu. Pelajar itu ia-lah Ismail Ya'akub, berumor 14 tahun. Beliau berkata lagi: 'Saya tidak bagitu terperanjat bila kejadian itu di-beritahu oleh sa-orang murid malam tersebut. Tetapi saya khuatir juga bila bilangan yang kena serang makin bertambah. 'Kemudian saya terus berusaha menchari bomoh kira2 sa-tengah jam lepas kejadian itu dan saya berpendapat kejadian itu ia-lah perbuatan orang,' tegas-nya. Sementara Ustazah Zainab Husien, guru penjaga murid2 di-asrama pula berkata: 'Saya bersama Amanah ketika ia di-serang penyakit itu. Mereka sedang mengkaji pelajaran ketika itu. Sa-telah di-beri pertolongan penyakit itu berjangkit kapada sa-orang pelajar lain hingga sa-terus-nya. 'Fikiran saya agak kelam kabut juga waktu kejadian itu mula berlaku,' kata-nya lagi. Ustazah Zainab berkata: 'Saya fikir kejadian itu ada kemungkinan seher orang yang chuba hendak menjatohkan nama baik sekolah kami. 'Perkara ini di-lakukan kerana ada udang di-sabalek batu,' tegas-nya. Sementara itu sa-orang pelajar yang kena penyakit itu, Sharifah Maimon bin Syed Hassan berkata: 'Saya berperasaan takut sa-belum tidak sedarkan diri. Saya juga bersama Amanah dan Ustazah Zainab waktu penyakit itu menyerang Amanah. 'Hingga sekarang pun perasaan saya tidak ba-gitu tenang. Saya tidak fikir saya boleh mengambil pepereksaan akhir pada 23 November ini,' kata-nya. Saya tidak dapat mengkaji pelajaran macham selalu. Ingatan saya sentiasa takut. Hati risau dan gondah selalu. Sharifah Maimon berkata, malam semalam dia tidak boleh tidor. 'Saya dengar ada suara yang memanggil saya.' Sharifah Maimon, tinggal di-Jalan Stony, Kampong Baharu, Kuala Lumpur. Ayah-nya, Sgt. Syed Hassan berkhidmat di-Balai polis Jalan Bandar.”

(Sumber: Berita Harian, 19 November 1966, Page 1: |"Belajar balek mulai hari Ahad ini Murid2 maseh bimbang").

1977: Penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Maahad Hamidiah

“Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Maahad Hamidiah mula ditubuhkan pada tahun 1977, 14 tahun sebelum diambil alih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, sekolah ini di bawah kelolaan Kerajaan Negeri dan Majlis Hal Ehwal Agama Islam Negeri. Pada masa itu, SMKA Maahad Hamidiah dikenali dengan nama Sekolah Menengah Arab Pekan Kajang atau Sekolah Arab Kajang. Para Pelajar pada masa itu berjumlah 121 dari Tingkatan 1 hingga 4. Manakala kakitangan akademiknya adalah seramai 7 orang iaitu Encik Amir Khatim, Encik Tahar Husin, Puan Jemaah Saadon, Puan Saedah Sani, Puan Salihah Abdul Aziz, Puan Rohiyah @ Zainab Haji Taib dan seorang guru lagi. Pengetua yang pertama ialah Tuan Haji Abdul Aziz Andik Achok.” (SMKA Maahad Hamidiah, 2019: |Al-Mustaqim Edisi 34, hlm.13).


“Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Maahad Hamidiah is a secondary school established in 1977. It is an Islamic oriented school and was founded by Ustaz Haji Abdul Hamid bin Daud. He established the school with the help of locals in 1963 and at first was given the name as Sekolah Arab Kajang (Arabic School of Kajang). The school was at first located in Batu 14, Cheras, opposite the Jamek Mosque, Kajang. At that time, there were only nine teachers and one hundred to three hundred students from 1964 to 1970 and eventually the number had grown to more than three hundred in 1971. When the management of the school was taken over by the Malaysian Ministry of Education, they changed the name to SMKA Maahad Hamidiah, to commemorate the founder, Ustaz Haji Abdul Hamid. In January 1978, the ministry took 108 Form 1 students from primary schools around Selangor and the number of teachers had also increased to ten.” (Aikido Yoshinkan Shudokan Maahad Hamidiah Kajang: |"The History of SMKA Maahad Hamidiah").

1981-1983: Hari Sukan

beratur-beratur....dengar ucapan sebelum sukanacara menganyam ketupat pun ada
Kiri: “beratur-beratur….”. Tengah: “dengar ucapan sebelum sukan”. Kanan: “acara menganyam ketupat pun ada”.

yes...menang lagiolahragawan & olahragawatithe celebration
Kiri: “yes…menang lagi”. Tengah: “olahragawan & olahragawati”. Kanan: “the celebration”.

(Sumber: Alumni Maahad Hamidiah, 2008: |"MAAHAD DULU-DULU").

1984-09-16: Berpindah ke Sungai Ramal Luar

“Bermula 16 September 1984, pentadbiran SMKA Maahad Hamidiah telahpun berpindah ke kawasan baru, lokasinya terletak di Sungai Ramal Luar, Kajang. Prestasi dalam bidang akademik dan kokurikulum meningkat pada setiap tahun. SMKA Maahad Hamidiah adalah antara sekolah asrama harian yang terbaik dan terunggul di negeri Selangor. Kini, sekolah ini mempunyai seramai 959 orang pelajar yang terdiri dari Tingkatan 1 hingga 6. Tenaga pengajar di sekolah ini pula seramai 74 orang dan disokong oleh 13 orang staf sokongan sekolah.” (SMKA Maahad Hamidiah, 2019: |Al-Mustaqim Edisi 34, hlm.13).

“The increase of students had prompted the Parents and Teachers Association to ask the ministry to find a new place for the students. After many years, on 16th of September 1984 SMKA Maahad Hamidiah had moved to Jalan Sungai Ramal Luar, Kajang. The new SMKA Maahad Hamidiah had two blocks of school, two blocks of hostels, a dining hall, a canteen and two teacher quaters.” (Aikido Yoshinkan Shudokan Maahad Hamidiah Kajang: |"The History of SMKA Maahad Hamidiah").

Koleksi Gambar Sekitar Maahad Hamidiah Sebelum Berpindah (1968-1983)

“Koleksi gambar klasik Maahad Hamidiah Sg Kantan…1968-1983” (TheRamdzan70 @ Youtube, 27 Disember 2011: "Koleksi gambar klasik Maahad Hamidiah Sg Kantan...1968-1983").

1985: Penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Selangor (SMAS)

Bangunan asal di Batu 14, Jalan Cheras, Kajang diambil alih oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Selangor (SMAS), yang memulakan sesi pertamanya pada tahun 1985: “Majlis Tautan Kasih Bekas Pelajar SMAS ke 40 - 28/12/25 di Hotel Sama Sama KLIA - Ada 9 batch berjaya di kumpulkan kali ni.. Batch pertama 1985 hingga batch 9 1994..” (Siti Radziah Ismail @ Facebook, 29 Disember 2025: "Majlis Tautan Kasih Bekas Pelajar SMAS ke 40").

Suasana sekitar SMAS 1987-1989

SMAS Batch 3.0 (1987-1989) (Syahrul Sazli Shaharir @ Youtube, 1 Jun 2023: "SMAS Batch 3.0 (1987-1989)").

maahad_hamidiah.1781495402.txt.gz · Last modified: by sazli