User Tools

Site Tools


bicara

This is an old revision of the document!


Bicara Sejarah Kajang: 23 Ogos 2025

Aturcara Majlis
Poster Bicara Sejarah Kajang: 23 Ogos 2025 Bicara Sejarah Kajang pada 23hb Ogos 2025 bertempat di Lorong Kajang Dulu-dulu jam 10am-1pm.

Program ini bersempena Karnival 1001 Rasa Sate Kajang 22-24 Ogos 2025 @stadium kajang.

Moderator : Sazli
10.00-10.10: Kata Aluan + Bio En. Khairil
10.10-10.40: En. Khairil - Perang Rekoh 1848
10.40-10.50: Soalan + Bio Dr. Tee
10.50-11.20: Dr. Tee Boon Chuan - Sejarah Tokong Cina Kajang 1875
11.20-11.30: Soalan + Bio En. Ashari
11.30-12.00: En. Ashari - Masjid Lama Kajang
12.00-12.10: Soalan + Bio Dr. Alinor
12.10-12.40: Dr Alinor - Ketamadunan Sungai Langat
12.40-1.00: Soalan + Penutup

10.00 - 10.10: Kata Aluan + Bio En. Khairil

Kata Aluan

  • Ucapan terima kasih kepada pengerusi dan tetamu, serta hadirin
  • Bicara Sejarah Kajang membawa kepentingan sejarah tempatan kepada semua:
    • Agar peka terhadap warisan sejarah dan latar budaya semasa, yang perlu dipelihara dan diraikan seadanya, dalam usaha memajukan persekitarannya.
    • Anggap sebagai “Lorong Masa”: suatu penjelajahan imaginasi, yang cuba membayangkan dan memahami sebaik mungkin suasana di zaman lampau, agar dapat memahami suasana semasa dengan lebih baik lagi.
  • Saya membesar di Bandar Baru Bangi (sekitar Rekoh dulu), tapi selalu berulang ke Kajang (1980-an): Naik bus Sum ke pekan Kajang, kemudiannya belajar di sekolah asrama di Sungai Kantan. Perkenalkan ahli-ahli panel:-
    • Mohd Khairil Hisham Mohd Ashaari - kurator Galeri Diraja Tunku Ja'afar
    • Dr Tee Boon Chuan - professor madya di Jabatan Pengajian Cina, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) merangkap timbalan dekan Institut Pengajian Cina daripada universiti yang sama.
    • En Ashari Mohd Yakub - bersara selaku ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Elektrik, Malaysia
    • Dr Alinor Abdul Kadir - Presiden Persatuan Pendidikan Falsafah dan Pemikiran Malaysia (PPFPM)

Perihal En. Khairil

  • Mohd Khairil Hisham Mohd Ashaari - kurator Galeri Diraja Tunku Ja'afar

Latar Pembentangan En. Khairil

  • 1848:-
    • Lebih 100 tahun sebelum merdeka 1957 (Malaysia belum ada) - 50 tahun sebelum Negeri-Negeri Melayu Bersekutu 1895 - 20 tahun sebelum Perang Klang 1870-an dan bermulanya Pentadbiran British (Masih di bawah raja-raja dan pembesar Melayu)
    • 60 tahun selepas British menguasai Pulau Pinang (1786), 30 tahun selepas Singapura (1818) dan lebih 20 tahun selepas Perjanjian Inggeris – Belanda (1824) dan Negeri-Negeri Selat (PPinang-Melaka-Singapura 1826), yang membuka jalan kepada kemasukan pengaruh luar (pengaliran modal Cina & Eropah) ke negeri-negeri Melayu, tetapi belum ada campurtangan dalam pentadbiran (sistem tanah adat di bawah raja, dll).
    • Lebih 10 tahun selepas Perang Padri dan Belanda di Sumatera (1816-1838): gelombang besar penghijrahan, banyak kampung-kampung di Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, dll, termasuk daerah Hulu Langat, dibuka ketika ini, termasuk di sekitar Kajang:-
      • Kajang (Sekitar 1826-1857): Ketika Sultan Muhammad memerintah Selangor (1826-1857), Tok Lili (Bugis dari Riau) diberi kuasa membuka muara Sungai Merbau (mungkin asal-usul Kajang kini). (J. M. Gullick (2007), Abdur-Razzaq Lubis (2021)).
      • Rekoh (Sekitar 1830-1850an): Orang Mandailing membuka lombong di Kajang (Sungai Kantan) dan Rekoh. Ketika Perang Rawa di Sungai Ujong pada 1848, panglima Mandailing, Raja Berayun, telah pun berkubu di Rekoh. Ini ada diceritakan oleh anaknya Raja Alang dalam wawancaranya dengan J.C. Pasqual sekitar awal tahun 1900-an. (J.C. Pasqual (1934), Abdur-Razzaq Lubis (2018)).
    • Permintaan bijih timah dunia meningkat. Perlombongan bijih timah dimiliki atau dikawal elit Melayu (melalui cukai dll). Contoh: Sungai Ujong (Datuk Kelana), Lukut (Selangor), dan Linggi (Rembau dan Datuk Kelana).
  • Rekoh:-
    • Salah sebuah daerah di sebelah timur Sungai Langat: Semenyih, Beranang, Rekoh, dan Ulu Langat - di dalam Sungai Ujong. (Sebelah barat Sungai Langat: Klang/Selangor).
    • Ketika zaman awal British, pusatnya di sekitar muara Sungai Rekoh (Kampung Sungai Tangkas sekarang) - ada pekan, balai polis, dll (peta 1904).
    • 1879: Menurut laporan Pegawai Superintenden Polis Selangor, H.C. Syers, keadaan balai polis Rekoh (bekas rumah pembesar) lebih baik berbanding balai polis Kajang (mungkin sebab lombong2nya masih aktif, sungai masih pengangkutan utama, dan Kajang terletak lebih jauh ke hulu Sungai Langat).

Tajuk En. Khairil: Perang Rekoh 1848

  • Suatu babak yang melibatkan beberapa orang pembesar ketika itu.

10.10 - 10.40: En. Khairil - Perang Rekoh 1848

10.40 - 10.50: Soalan + Bio Dr. Tee

Latar Pembentangan Dr. Tee

  • Sementara itu, sejak tertubuhnya Negeri-Negeri Selat 1826, para pemodal Cina semakin giat membekalkan buruh-buruh dari tanah besar China (juga makanan, candu, dll bekalan mereka), termasuk kepada lombong2 elit melayu, dan membeli hasil timah untuk dagangan.
  • Selepas peralihan kepada pentadbiran British pada akhir 1870-an, para pemodal ini mula mengembangkan kegiatan perlombongan, membuka pusat-pusat perlombongan, serta pelbagai bentuk perusahaan dan perniagaan di bandar-bandarnya.
  • Tokong-tokong dibina seiring dengan perkembangan ini, sebagai pusat kegiatan kerohanian dan kemasyarakatan yang penting bagi komuniti mereka. Di Kajang ini khususnya, wujud salah satu binaan tokong bersejarah, sejak lebih 130 tahun.
  • Tokong Cina Kajang yang disebutkan adalah Tokong Shen Sze She Yar (iaitu tokong yang didedikasikan kepada Kapitan Sheng Ming Li, 1823-1861) yang dialih dari Rekoh ke Kajang pada 1875 dan dibina semula pada 1897 sekali gus merupakan tokong Cina tertua di bandar bahkan daerah Kajang.

Perihal Dr. Tee

Dr. Tee Boon Chuan

  • Dr Tee Boon Chuan, asal seorang anak Johor yang telah menjadi warga Selangor semenjak 2004. Berjurusan dalam bidang pengajian falsafah dan kini berkhidmat sebagai professor madya di Jabatan Pengajian Cina, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) merangkap timbalan dekan Institut Pengajian Cina daripada universiti yang sama.
  • Dr Tee juga merupakan ahli panel MQA.
  • Merupakan generasi ke-3 dari marga Tee bersuku Hokkien yang kini bertempat di Malaysia, Dr Tee selaku generasi ke-99 semenjak Tee mendapat marga pada 806 SM di wilayah Henan, China sekarang.
  • Sebagai marga Tee yang berwargakan Malaysia, Dr Tee melibatkan diri dalam kedua-dua pengajian China dan Asia Tenggara khasnya Kepulauan Melayu dari segi falsafah dan ketamadunan.
  • Buku-buku pengajian China yang telah diterbitkan termasuk Metafizik Sistem Tulisan Cina Menurut Perspektif Semiotik (German, 2017), Sejarah Intelektual Konfusianisme Malaysia Semenjak 1800 M (Beijing, 2018), manakala penulisan-penulisan pengajian Kepulauan Melayu termasuk Kata Pinjaman Sanskerta dalam Bahasa Melayu Harian (Kuala Lumpur, 2018), ‘Seni Perang Hang Tuah (Hang Tuah’s art of war): Bandingan strategi pengurusan peperangan Hikayat Hang Tuah dengan Hikayat Tiga Negara berlandaskan kerangka 36 Strategi Perang China’ (Jurnal Kesturi ASASI, bakal terbit), ‘Hastadaṇḍaśāstra (Naskah Tertua Kerajaan Sriwijaya) dan Pensejarahan Genre Campur Persuratan Melayu’ (Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu (Jul 2024), dan ‘The Malay Epistemological Background in the Islamic Writings of Hamzah Fansuri’, Al-Shajarah: Journal of the International Institute of Islamic Thought and Civilisation (ISTAC) (Jul 2024).
  • Alamat emel Dr Tee ialah: teebc@utar.edu.my

Tajuk Dr. Tee: Sejarah Tokong Cina Kajang 1875

  • Pembentangan ini akan mewacanakan tokong tersebut dari tiga perspektif iaitu
    • pertama, sistem tokong Cina adalah berperingkat keluarga, setempat, sekolah awam, kerajaan tempatan dan kerajaan pusat yang mana Tokong Shen Sze She Yar merupakan tokong berperingkat setempat;
    • kedua, sejarah tokong Shen Sze She Yar yakni ia bermula dari 1861 bersesuaian dengan tokong pertama didirikan di Rasah, Seremban semenjak Kapitan Sheng meninggal dunia dan tokong Kajang adalah tokong kelima didirikan pada 1870 sebelum ia beralih ke Kajang pada 1875. Kini terdapat tidak kurang daripada 24 buah tokong Shen Sze She Yar di seluruh Semenanjung Malaysia yang menyaksikan bagaimana tokong ini bermula sebagai sebuah tokong bersuku Hakka dari daerah Huizhou (Fui Chiu, 惠州), China dan berkembang menjadi sebuah tokong diterima baik oleh pelbagai suku masyarakat Cina di Malaysia;
    • ketiga, seni bina tokong iaitu ciri-ciri seni bina tokong berperingkat setempat yang membezakan diri daripada tokong-tokong berperingkat sekolah awam, kerajaan tempatan, kerajaan pusat yang lain di masyarakat Cina tradisional.

10.50 - 11.20: Dr. Tee Boon Chuan - Sejarah Tokong Cina Kajang 1875

11.20 - 11.30: Soalan + Bio En. Ashari

Latar Pembentangan En. Ashari

  • Sekitar 1830-1850an: Selain Rekoh, orang Mandailing membuka lombong di sekitar Sungai Kantan.
  • 1870-an: Antara tempat pengunduran / pelarian dari Kuala Lumpur, ketika Perang Klang 1867-1874. Antaranya Sutan Puasa (1875).
  • 1900-an: Di bawah pentadbiran British, Kajang berkembang pesat sebagai pusat ekonomi bagi daerah ini. Masjid jamek dibina untuk menampung jemaah muslim di sekitarnya.
  • 1980-an: Ketika Sekolah Menengah Agama Selangor terletak di sini, para pelajarnya bersolat Jumaat di sini.

Perihal En. Ashari

  • En. Ashari Muhd Yakub
  • Dilahirkan di Sungai Kantan. Bersekolah di High School, di Rawang, dan Sekolah Menengah Abu Bakar Temerloh.
  • Diploma Technical College Jalan Gurney (1972: Institut Teknologi Kebangsaan (ITK); 1975: Universiti Teknologi Malaysia / UTM), dan Bachelor of Science di Glasgow University.
  • Berkhidmat dgn. JKR.
  • Diantara professional pengasas IKRAM - pusat latihan JKR.
  • Bersara selaku ketua Pengarah JKR Elektrik, Malaysia.
  • Di antara sumbangan kpd. Negara: pemasangan tol & lampu jambatan pulau pinang pertama, Tol tertutup pertama, dan Stadium Hoki Bukit Jalil.
  • Dilantik sebagai Pendaftar & selepas itu Pengarah Eksekutif, Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) selama 22 tahun.

Tajuk En. Ashari: Masjid Lama Kajang

  • Di mana dan mengapa disitu.
  • Anggaran bila ia dibina.
  • Mengapa dan bila ia roboh dan dipindah ke tapak sekarang.
  • Imam2 yg awal masjid kajang.

11.30 - 12.00: En. Ashari - Masjid Lama Kajang

12.00 - 12.10: Soalan + Bio Dr. Alinor

Latar Pembentangan Dr. Alinor

  • Kembali ke zaman pra-kolonial: Sungai Langat: Lebuh raya semulajadi. Contoh: penghijrahan 1830-50an, antaranya memudiki sungai ini.
  • Ketika itu Sungai Langat merupakan satu-satunya jalan pengangkutan hasil bijih timah dari kawasan pedalaman.
  • Menurut Frank Swettenham (1875), perjalanan mudik Sungai Langat, dari Bandar Langat (Kuala Langat) ke Rekoh (Kg Sungai Tangkas kini) sejauh 57 batu mengambil masa kira-kira 5 hari.
  • Pada musim kering, perjalanan tersebut mengambil masa 13 hari, akibat aras air sungai yang cetek.
  • Percubaan awal pembuatan jalan dari Rekoh ke Klang telah ditangguhkan, oleh kerana kawasan hutan paya yang luas.
  • Akhirnya jalan raya terawal dibina dari Kuala Lumpur ke Cheras, kemudian ke Kajang. Mungkin ini antara faktor kejatuhan Rekoh selepasnya.
  • Sungai Langat juga merupakan sempadan, contohnya Klang-Sungai Ujong. Masyarakat Temuan telah lama mendiami kawasan sekitarnya.
  • Tamadun di sepanjang Sungai Langat telah pun wujud ribuan tahun sebelum semua ini, seawal 2500 SM.

Perihal Dr. Alinor

Tajuk Dr. Alinor: Ketamadunan Sungai Langat

12.10 - 12.40: Dr. Alinor - Ketamadunan Sungai Langat

12.40 - 1.00: Soalan + Penutup

bicara.1755687596.txt.gz · Last modified: by sazli