Jadual Kandungan

Subang Hilang / Subang Ilang / Sobang Elang

Dirujuk oleh

Perihal

Selain Sungai Sabak Dua, Subang Hilang merupakan salah satu mercu tanda sempadan daerah Kajang sekitar tahun 1800-an: “The boundaries of Inche Lili's domain were the district of Ulu Langat from Sungei Sabak Dua upstream following the Dato' Langat's boundary and downstream following the boundary of Dato' Ali as far as Subang Hilang.” (1897: The Selangor Journal: Jottings Past and Present, Volume 5, hlm.306-307).

Anggaran Lokasi: Sekitar Padang Rusa / Brooklands Estate?

Setakat ini lokasi Subang Hilang belum dapat dipastikan. Anggaran kemungkinan tapak lokasinya kini, diperincikan di bawah.

1884: Catatan G.C. Bellamy

Menurut G.C. Bellamy (1884: sebelum dilantik menjadi Pemungut Cukai dan Majistret di Kuala Langat pada 11 Mei 1885), dalam perjalanan (dari Kajang?) menghilir ke Subang Hilang, beliau singgah di Amparan Tenang di tebing kanan Sungai Langat, ke hulu sedikit dari Kuala Labu, berdekatan dengan Simpang Ampat. Ketika itu terdapat beberapa petempatan orang asli di antara Subang Hilang dan Simpang Ampat:-

“Kajang
17th Sept: 1884.

Sir.
I have the honour to report that on my way to Subang Ilang on Thursday last I spent the night at a place called Amparan Tenang on the right bank of the R. Langat above K. Labu.
2. The campong is owned by a man named Mahomed Deriss who is very anxious to be made a sort of head over the Sakeis living between Subang Ilang & Sempang Ampat. He has great influence with these people who on their part entertain a great liking for him and as I think such an arrangement would be beneficial to that part of my District I beg respectfully to bring this to your notice for approval.
3. Mahomed Deriss is the son of Datoh Allee, Penghulu of Teluk Datto, in the Langat District.

I have the honour to be
Sir
Your most obedient servant
George C. Bellamy
Ag: C. of ?”

(Sumber: Arkib Negara 1957/0003623W, 17/09/1884: |"REPORTING HIS PROCEEDINGS TO SUBANG [IILANG]").

1906: Catatan W.W. Skeat

Menurut Skeat (1906), Tunggul Si jaga (berhampiran/bersamaan Bukit Tunggul) terletak ke hulu sedikit dari Subang Hilang:-

“A song of a very different sort was the Besisi Trumba or Song of Tribal Origin, which has a special interest of its own as representing an attempt on the part of this race of jungle-dwellers to keep some sort of record of their history. The Besisi who gave it me was an old man named Bedoh, of Sepang Kechil. Part of this Trumba at least seems to preserve the traditions of old tribal boundaries, and I believe it really supplies the clue to the long strings of (generally contiguous) place-names that are so often described as occurring in the songs of the Semang and Perak Sakai, The following version is a little freer than that given elsewhere in this book. … 'Tunggul Si Jaga,' the 'Stump of the Watcher,' was the name of a stump in a commanding position, near the River Langat (a little above Subang Hilang), from which a look-out used to be kept by pirates in the days when they infested the Langat River. The spot is still well known.” (Walter William Skeat, 1906: |"Pagan races of the Malay Peninsula", Vol. 2, m.s. 164-167).

Peta 1876

Peta persempadanan lama Selangor-Sungai Ujong, 1876
Peta persempadanan lama Selangor-Sungai Ujong, 1876. Turut ditandakan (dijelaskan lagi dengan bulatan merah), antara mercu tanda sempadan daerah Langat (Selangor) dan Kajang (Sungai Ujong) ketika itu, iaitu “Sobang Elang” (Subang Hilang). Menurut peta ini, lokasinya ke hilir lagi dari kuala Sungai Labu: “compiled from sketch surveys made by Captain Innes R E, J W Birch and D Daly, and Admiralty Charts. Lithographed under the direction of Lt. Col. R. Home C.B.R.E” (Royal Geographical Society, London; Royal Geographical Society (Great Britain), 1876: |"Map of Part of The Malay Peninsula, 1876").

Peta 1896

Peta lokasi Subang Hilang, 1896
Lokasi Subang Hilang (ditandakan dengan bulatan merah) dalam lakaran peta Sungai Klang dan Sungai Langat tahun 1896 (Arkib Negara 1957/0062586W, 14/04/1896: |"KAJANG - REKO BRIDLE ROAD-AS TO COST OF CONVERTING IT INTO A CARTROAD -").

Peta 1896 dan 1924 (Sekitar Labohan Dagang)

Peta lokasi Subang Hilang, 1896 (lebih dekat)Peta lokasi Subang Hilang, 1924
Kiri: Jika diamati lakaran peta tahun 1896 di sekitar Labohan Dagang, Subang Hilang (ditandakan dengan bulatan merah) terletak di tebing sebelah selatan Sungai Langat, di antara “Teluk Uler Lampil” (Olak Lempit?) di sebelah hilirnya, dan “Trusan Gila” serta “Labohan Dagang” di sebelah hulunya (ditandakan hijau). Menurut G.C.Bellamy (1884), terdapat beberapa petempatan orang asli di antara Subang Hilang dengan Simpang Ampat (ditandakan perang) (Arkib Negara 1957/0062586W, 14/04/1896: |"KAJANG - REKO BRIDLE ROAD-AS TO COST OF CONVERTING IT INTO A CARTROAD -").
Kanan: Anggaran lokasi Subang Hilang ditandakan di dalam bulatan merah dalam lakaran peta tahun 1924 (sekitar “Padang Rusa” dan Brooklands Estate), berdasarkan lengkok tebing sebelah selatan Sungai Langat dalam peta 1896, dan terletak di antara rizab Melayu “Olah Lempit” di sebelah hilirnya, dan “Trusan Gila” serta rizab Melayu “Labuan Dagang” di sebelah hulunya (ditandakan hijau) (Arkib Negara 1957/0231299W, 06/06/1924: |"STATE LAND : 1100 ACRES ON THE LANGAT RIVER. FOR AFRICAN OIL PALM CULTIVATION BROOKLANDS SELANGOR RUBBER COMPANY LIMITED APPLIES FOR:").

Peta 1926 dan 1950 (Padang Rusa / Brooklands Estate)

Anggaran lokasi Subang Hilang, 1926Anggaran lokasi Subang Hilang, 1950
Anggaran tapak lokasi Subang Hilang, ditandakan di dalam bulatan merah (sekitar “Padang Rusa” dan Brooklands Estate), berdasarkan lengkok tebing sebelah selatan Sungai Langat dalam peta 1896 dan 1924, terletak di antara “Olah Limpit” di sebelah hilirnya, dan “Trusan Gila” serta “Labohan Dagang” di sebelah hulunya (ditandakan hijau). Terdapat 3 buah petempatan orang asli di sekitar Labohan Dagang (ditandakan perang), mungkin kesinambungan kepada petempatan-petempatan orang asli di antara Subang Hilang dan Simpang Ampat, sebagaimana yang dicatat oleh G.C.Bellamy (1884).
Kiri: Berdasarkan peta 1926 (Malaya Survey Department, 1926 @ University of Minnesota Libraries: |"Selangor : Federated Malay States 1926").
Kanan: Berdasarkan peta 1950 (Surveyor General, Malaya, 1950 @ Australian National University: |"Malaysia, Malaya, Selangor 1950, Land Use, South Sheet, 1950, 1:126 720").

Peta 1963 dan Kini

Anggaran tapak lokasi Subang Hilang, 1963Anggaran tapak lokasi Subang Hilang, 2025
Anggaran tapak lokasi Subang Hilang, ditandakan di dalam bulatan merah (sekitar Brooklands Estate), berdasarkan lengkok tebing sebelah selatan Sungai Langat dalam peta 1896 dan 1924, terletak di antara “Olak Lempit” di sebelah hilirnya, dan “Terusan Gila” serta “Labohan Dagang” di sebelah hulunya (ditandakan hijau). Selain itu, Kampung Simpang Empat (kini sekitar Kampung Orang Asli Bukit Dugang, ditandakan perang), dan Ampar Tenang (kini sekitar Bandar Serenia, ditandakan kuning), yang pernah disebut dalam catatan G.C.Bellamy (1884), turut ditandakan.
Kiri: Berdasarkan peta 1963 (Director of National Mapping, Malaysia, 1963 @ Australian National University: |"Malaysia, Selangor, Telok Datok, Series: L7010, Sheet 101, 1963, 1:63 360"; |"Malaysia, Negri Sembilan, Selangor, Sepang, Series: L7010, Sheet 102, 1963, 1:63 360").
Kanan: Berdasarkan peta 2025 (Mapcarta).

Perubahan Sempadan Daerah

Peta 1930

Di dalam lakaran peta Kampung Labohan Dagang tahun 1930, kampung tersebut telah pun dimasukkan dalam sempadan Kuala Langat, dengan daerah Ulu Langat di sebelah timurnya:-

Peta Labohan Dagang, 11/10/1930Peta Labohan Dagang, 8/2/1931
Kiri: Peta Labohan Dagang, 11/10/1930. Bersempadan dengan “District of Ulu Langat”.
Kanan: Peta Labohan Dagang, 8/2/1931
(Sumber peta-peta ini: Arkib Negara 1957/0268181W, 11/10/1930: |"RE-GAZETTING OF LABOHAN DAGANG MALAY RESERVATION IN TANJONG DUABLAS MUKIM; Description : DISTRICT OFFICER KUALA LANGAT SUBMITTED PROPOSAL ON THE RE-GAZETTING OF LABOHAN DAGANG MALAY RESERVATION WHICH WAS CONSTITUTED BY GAZETTE NOTIFICATION NO. 790 OF 9.2.1923 FOR THE APPROVAL AND PUBLICATION IN THE GAZETTE BY THE COUNCIL.").

Ini bermakna, ketika itu, Subang Hilang yang terletak ke hilir / ke barat lagi dari Labohan Dagang, telah turut termasuk dalam daerah Kuala Langat, dan bukan lagi di bawah daerah Kajang / Ulu Langat.

Selain petikan dan sumber yang dinyatakan, rencana ini telah diusahakan oleh TMK Pulasan, di bawah kelolaan Syahrul Sazli Shaharir <sazli@pulasan.my>. Pengakuan penting: Kami bukan ahli sejarah! Sila klik di sini untuk penjelasan lanjut.