Lebih 100 tahun sebelum merdeka 1957 (Malaysia belum ada)
50 tahun sebelum Negeri-Negeri Melayu Bersekutu 1895
20 tahun sebelum Perang Klang 1870-an dan bermulanya Pentadbiran British (Masih di bawah raja-raja dan pembesar Melayu)
60 tahun selepas British menguasai Pulau Pinang (1786)
30 tahun selepas British menguasai Singapura (1818)
Lebih 20 tahun selepas Perjanjian Inggeris – Belanda (1824) dan Negeri-Negeri Selat (PPinang-Melaka-Singapura 1826), yang membuka jalan kepada kemasukan pengaruh luar (pengaliran modal Cina & Eropah) ke negeri-negeri Melayu, tetapi belum ada campurtangan dalam pentadbiran (sistem tanah adat di bawah raja, dll).
Lebih 10 tahun selepas Perang Padri dan Belanda di Sumatera (1816-1838): gelombang besar penghijrahan, banyak kampung-kampung di Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, dll, termasuk daerah Hulu Langat, dibuka ketika ini, termasuk di sekitar Kajang:-
Kajang (Sekitar 1826-1857): Ketika Sultan Muhammad memerintah Selangor (1826-1857), Tok Lili (Bugis dari Riau) diberi kuasa membuka muara Sungai Merbau (mungkin asal-usul Kajang kini).
(J. M. Gullick (2007), Abdur-Razzaq Lubis (2021)).
Rekoh (Sekitar 1830-1850an): Orang Mandailing membuka lombong di Kajang (Sungai Kantan) dan Rekoh. Ketika Perang Rawa di Sungai Ujong pada 1848, panglima Mandailing, Raja Berayun, telah pun berkubu di Rekoh. Ini ada diceritakan oleh anaknya Raja Alang dalam wawancaranya dengan J.C. Pasqual sekitar awal tahun 1900-an.
(J.C. Pasqual (1934), Abdur-Razzaq Lubis (2018)).
Permintaan bijih timah dunia meningkat. Perlombongan bijih timah dimiliki atau dikawal elit Melayu (melalui cukai dll). Contoh: Sungai Ujong (Datuk Kelana), Lukut (Selangor), dan Linggi (Rembau dan Datuk Kelana).