====== Keganjilan di Maahad Hamidiah (1966) ====== ===== Dirujuk oleh ===== * [[maahad_hamidiah|Sekolah Maahad Hamidiah (1963)]] ===== 1966-11-17: Penyakit Ganjil di Maahad Hamidiah ===== 13 daripada 32 orang pelajar diserang penyakit ganjil di asrama Sekolah Maahad Hamidiah, dan dibawa pulang ke rumah masing-masing: //"Ibubapa pelajar2 Sekolah Menengah Arab Ma'had Al-Hamidiah Kajang telah mengambil balek anak masing2 untok berubat sa-telah sa-jenis penyakit ganjil menyerang pelajar itu di-asrama mereka semalam. Asrama sekolah itu yang di-tumpangi oleh 32 orang pelajar lelaki dan perempuan hari ini senyap sunyi. Dato Abdul Rani bin Shamsuddin, Ketua Lembaga Sekolah itu berkata sekolah itu telah di-tutup sa-lama tiga hari. Sa-ramai 13 orang pelajar di-dalam bilek darjah mereka telah di-serang oleh penyakit ganjil itu sejak hari Sabtu lalu. Guru Besar sekolah itu, Tuan Haji Hashim bin Haji Abdul Aziz memberitahu bahawa sa-orang pelajar perempuan, Hasnah binti Malek, berumor 14 tahun, telah di-serang oleh penyakit itu pada malam Sabtu. Hasnah di-katakan telah menangis dengan tiba2 dan dalam masa tidak sedarkan diri dia mengatakan ia orang halus. Dalam masa itu juga dia memberi beberapa 'fatwa' kapada guru-nya, Che Zainab binti Husein. Hasnah kemudian-nya di-hantar balek ka-rumah-nya di-Bangi, 10 batu dari Kajang. Semalam ketika pelajar2 sekolah itu sedang membacha untok menghadapi pepereksaan akhir tahun pada 23 dan 24 November ini, sa-orang pelajar lagi di-serang oleh penyakit itu. Pelajar itu, Ismail bin Yaakub, berumor 17 tahun, johan berzanji tahun lalu, telah menangis dengan tiba2. Sa-masa beberapa orang pelajar sedang menolong Ismail, sa-orang pelajar perempuan Azizah binti Daud, berumor 15 tahun pula di-serang penyakit itu. Azizah ada-lah johan membacha Kur'an daerah Ulu Langat pada tahun 1964. Tidak berapa minit kemudian sa-ramai 10 orang pelajar lain di-jangkiti penyakit ganjil itu. Tuan Haji Hashim berkata: 'Penyakit itu sangat ganjil. Ada di-antara mereka menangis dengan tiba2. Ada yang meronta2 hendak lari dan ada yang melaung2 berazan.' Peristiwa itu berlaku dalam masa kira2 30 minit sahaja. Beberapa orang bomoh telah di-kejarkan ka-asrama itu dan mereka menyatakan pelajar2 itu telah 'di-rasok oleh jin Islam,' kerana asrama itu letak-nya tidak jauh dari Masjid Kajang. Jauh-nya di-antara asrama sekolah Arab itu dengan masjid kira2 10 ela sahaja. Kebanyakan penuntut yang tinggal di-asrama itu datang dari tempat2 jauh, ia-itu dari Ulu Langat, Beranang, Bangi, Telok Anson, dan Melaka. CHATATAN: Sa-ramai 160 orang pelajar Ugama Khas yang sedang belajar di-sekolah itu pada waktu petang (2.00 hingga 5.00) tetap belajar sa-perti biasa."// (Berita Harian, 17 November 1966, Page 1: {{ :akhbar:beritaharian19661117-1-2-7.pdf ||}}[[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/digitised/article/beritaharian19661117-1.2.7|"Penyakit ganjil serang pelajar2"]]). {{:akhbar:beritaharian19661119-1-2-21-maahadhamidiah.png?400|Gambar di-atas menunjokkan bangunan sekolah tersebut yang di-ambil oleh juru gambar Berita Harian Othman Ya'akub.}}{{:gambar:arcintap-60mchcmn012ww5wcbeb_layout.jpg?500|AVR00060}} \\ **Kiri**: //"Gambar di-atas menunjokkan bangunan sekolah tersebut yang di-ambil oleh juru gambar Berita Harian Othman Ya'akub. Suasana di-sekeliling kawasan Sekolah Menengah Arab Ma'ahad Al-Hamidiah, Kajang sunyi dan tenang sejak jari Thalatha kelmarin apabila 10 orang pelajar-nya di-serang oleh sa-jenis penyakit ganjil. Antara pelajar2 yang di-hinggapi penyakit itu, termasok 6 orang pelajar wanita. Lapan orang guru berkhidmat di-sekolah itu termasok 5 orang guru wanita."// (Berita Harian, 19 November 1966, Page 2: {{ :akhbar:newspa_1.pdf ||}}[[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/digitised/article/beritaharian19661119-1.2.21|"SUASANA di-sekeliling kawasan Sekolah Meuengah Arab Maahad AI-Hamidiah..."]]). \\ **Kanan**: Gambar dari Arkib NST (NSTP, 18 November 1966: {{ :akhbar:avr00060_klik.pdf ||}}[[https://www.klik.com.my/item/image/8677847/avr00060|AVR00060]]). //"Sa-ramai 161 orang pelajar Sekolah Menengah Arab Ma'had Al-Hamidiah Kajang akan kembali bersekolah sa-mula hari Ahad ini. Mereka akan menghadapi pepereksaan akhir pada 23 November ini. Demikian Guru Besar-nya, Tuan Haji Hashim bin Haji Abdul Aziz memberitahu Berita Harian hari ini. Sekolah itu di-tutup sejak hari Thalatha kelmarin sa-telah sa-jenis penyakit ganjil menyerang 10 orang pelajar2-nya yang tinggal di-asrama pada hari Juma'at. Antara mereka yang di-hinggapi penyakit ganjil itu ia-lah enam orang pelajar wanita. Sa-ramai 32 orang pelajar - 27 orang pelajar wanita tinggal di-asrama tersebut. Penyakit ganjil itu berlaku kira2 pukul 10 malam dan pelajar yang pertama kena serang ialah Amanah binti Abdul Malek, berumor 14 tahun. Kemudian penyakit itu menyerang 9 orang pelajar lain. Bomoh di-panggil segera malam itu juga. Tuan Haji Hashim berkata, penyakit itu menjangkit pula kapada 7 orang pelajar lagi, tetapi tidak terok. Semua pelajar2 yang di-hinggapi penyakit itu sekarang pulang ka-kampong. Tuan Haji Hashim menerangkan kejadian sa-perti itu pernah berlaku kapada sa-orang pelajar lelaki sekolah itu dalam bulan September lalu. Pelajar itu ia-lah Ismail Ya'akub, berumor 14 tahun. Beliau berkata lagi: 'Saya tidak bagitu terperanjat bila kejadian itu di-beritahu oleh sa-orang murid malam tersebut. Tetapi saya khuatir juga bila bilangan yang kena serang makin bertambah. 'Kemudian saya terus berusaha menchari bomoh kira2 sa-tengah jam lepas kejadian itu dan saya berpendapat kejadian itu ia-lah perbuatan orang,' tegas-nya. Sementara Ustazah Zainab Husien, guru penjaga murid2 di-asrama pula berkata: 'Saya bersama Amanah ketika ia di-serang penyakit itu. Mereka sedang mengkaji pelajaran ketika itu. Sa-telah di-beri pertolongan penyakit itu berjangkit kapada sa-orang pelajar lain hingga sa-terus-nya. 'Fikiran saya agak kelam kabut juga waktu kejadian itu mula berlaku,' kata-nya lagi. Ustazah Zainab berkata: 'Saya fikir kejadian itu ada kemungkinan seher orang yang chuba hendak menjatohkan nama baik sekolah kami. 'Perkara ini di-lakukan kerana ada udang di-sabalek batu,' tegas-nya. Sementara itu sa-orang pelajar yang kena penyakit itu, Sharifah Maimon bin Syed Hassan berkata: 'Saya berperasaan takut sa-belum tidak sedarkan diri. Saya juga bersama Amanah dan Ustazah Zainab waktu penyakit itu menyerang Amanah. 'Hingga sekarang pun perasaan saya tidak ba-gitu tenang. Saya tidak fikir saya boleh mengambil pepereksaan akhir pada 23 November ini,' kata-nya. Saya tidak dapat mengkaji pelajaran macham selalu. Ingatan saya sentiasa takut. Hati risau dan gondah selalu. Sharifah Maimon berkata, malam semalam dia tidak boleh tidor. 'Saya dengar ada suara yang memanggil saya.' Sharifah Maimon, tinggal di-Jalan Stony, Kampong Baharu, Kuala Lumpur. Ayah-nya, Sgt. Syed Hassan berkhidmat di-Balai polis Jalan Bandar."// {{:gambar:beritaharian19661119-1-2-6-ustazahzainab.png?150|}}{{:gambar:beritaharian19661119-1-2-6-sharifahmaimon.png?160|}}{{:gambar:beritaharian19661119-1-2-6-tuanhajihashim.png?150|}} (Sumber: Berita Harian, 19 November 1966, Page 1: {{ :akhbar:beritaharian19661119-1-2-6.pdf ||}}[[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/digitised/article/beritaharian19661119-1.2.6|"Belajar balek mulai hari Ahad ini Murid2 maseh bimbang"]]). //"Tuan Haji Hashim bin Haji Aziz, Guru Besar Sekolah Menengah Arab Ma'had Al Hamidiah Kajang dan Ustazah Zainab Hussain, guru penjaga murid sekolah itu telah membuat penjelasan mengenai penyakit ganjil yang berlaku di-sekolah itu baru2 ini. Mereka menerangkan bahawa 'penyakit itu datang dari Allah dan chubaan Allah.' Tidak timbul soal sihir atau perkara udang di-sebalek batu dalam kejadian itu, tegas mereka saperti tersebut dalam berita minggu lalu. Seramai 13 orang pelajar2 telah di-serang penyakit ganjil dalam peristiwa itu. Keadaan telah puleh saperti sediakala di-sekolah itu sekarang."// (Berita Harian, 26 November 1966, Page 4: {{ :akhbar:beritaharian19661126-1-2-52.pdf ||}}[[https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/digitised/article/beritaharian19661126-1.2.52|"Bukan buatan sihir"]]).