This is an old revision of the document!
Jadual Kandungan
1950-an: Merdeka dan Selepasnya
Sebelumnya
1950-an: Mahkamah
“The Kajang courts building was as popular as the town’s parks! NSTP PIC (1956)” (David Christy @ New Straits Times, 24 Februari 2019: |"The happy ghosts of Kajang").
1956: Balai Bomba

Kiri: “sold the prime land to metro present hotel” - Augustus Walter CN Jacobs. “virtually all prime land in Kajang has been handed over to MKH GROUP.” - Nantha Kumar Appadurai (Facebook Bandar Kajang, 28 Oktober 2019: |"KAJANG": Balai Bomba Kajang, 1976).
Kanan: “Kenangan balai bomba Kajang sebelum lokasi berpindah ke bukit mewah Kajang.” (Tapa Seni Rimba @ Facebook Bandar Kajang Group, 18 Februari 2019: "Kenangan balai bomba Kajang sebelum lokasi berpindah ke bukit mewah Kajang."). “Lokasi jalan bukit Kajang tahun sekitar 1981, Balai bomba Kajang, Anda dan keluarga ada kenangan disini . Mustafa Yahya pelukis hulu langat.” (Tapa Seni Rimba @ Facebook Bandar Kajang Group, 16 Ogos 2017: |"Balai bomba Kajang").
“The iconic Bomba station, built in 1956, is no more too. NSTP PIC (1991)” (David Christy @ New Straits Times, 24 Februari 2019: |"The happy ghosts of Kajang").
1959: Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS)

“Sejarah Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz Shah, (SAAS), Kajang bermula pada Tahun 1959 dengan penubuhan Darjah Menengah Melayu. Sebagai sekolah menengah melayu pertama di Daerah Hulu Langat, penubuhan Darjah Menengah Melayu berkait rapat dengan perkembangan pendidikan aliran bahasa melayu di negara ini selaras dengan perkembangan pendidikan kebangsaan iaitu pendidikan untuk semua kaum dengan menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar utama.
SMKK bermula dengan lima buah kelas yang terdiri daripada 326 orang murid dan lapan orang guru. Lima kelas tersebut termasuk kelas tingkatan empat. Dengan ini murid yang lulus LCE tidak perlu lagi melanjutkan pelajar ke Kuala Lumpur SMKK didirikan berdasarkan beberapa sebab yang difikirkan perlu oleh pihak Kementerian Pendidikan pada masa itu. Pertamanya, untuk membolehkan pelajar-pelajar sekolah rendah kebangsaan di daerah Hulu Langat meneruskan persekolahan mereka ke sekolah menengah kebangsaan.
Pada awalnya, Darjah Menengah Melayu yang ditubuhkan ini tidak mempunyai bangunan sekolah sendiri. Sehingga tahun 1960, sekolah menumpang di bangunan Sekolah Rendah Kebangsaan Perempuan Kajang. Di antara tahun-tahun 1961 dan 1963, Darjah Menengah Melayu berpindah dengan menumpang di Sekolah Rendah Kebangsaan Lelaki Kajang, Sungai Kantan.
Semasa ditubuhkan pada tahun 1959, Darjah Menengah Melayu mempunyai hanya satu kelas, iaitu tingkatan satu dengan 40 orang murid serta 2 orang guru sahaja. Pada tahun 1963, bilangan kelas bertambah kepada empat kelas dengan kelas paling asas iaitu tingkatan 3. Pelajar tingkatan 3 yang lulus peperiksaan LCE bagi tahun 1961 dan 1962 terpaksa melanjutkan pelajaran ke tingkatan 4 di Kuala Lumpur. Di antara sekolah yang menjadi pilihan ialah Sekolah Menengah Jalan Cochrane.
Pada awal tahun 1960an, Darjah Menengah Melayu mengalami perkembangan dengan bertambahnya bilangan kelas serta murid. Sambutan masyarakat di daerah ini terhadap Darjah Menengah Melayu begitu baik. Keadaan ini mendorong kerajaan membina sebuah sekolah menengah di Batu 14, Jalan Cheras, Kajang di atas tanah seluas 10.23 ekar. Pada penghujung tahun 1963, sekolah ini siap dibina dan pada Januari 1964, sekolah ini mula dibuka dengan nama Sekolah Menengah Melayu yang menumpang di Sekolah Rendah Lelaki Kajang berpindah ke sekolah ini. Pada masa itu, SMKK merupakan Sekolah Menengah yang pertama di Kajang.”
(Sumber: SMK SAAS,KAJANG: |"Sejarah SMK SAAS").
1960-an: Pekan Kajang dari Udara

Kiri: Facebook Kajang Heritage Centre乌鲁冷岳社区文物馆, 16 November 2019: "Aerial Photo of Kajang Town 1960s".
Kanan: Kc and Yk @ Kajang Town, Selangor, Malaysia, 28 Februari 2007: |"Big Fire in Kajang Town, 7 shophouses burn to the ground in the 60's").
1960-an: Lembaga Letrik Negara (LLN)

Kiri: Facebook Bandar Kajang, 28 Oktober 2019: |"KAJANG".
Kanan: “When I was in the Kedai Tenaga near Jalan Besar, I was walking around and I came across with this at the back of the Building. To my surprise this sign must be around from 1965 and see the old name of TNB which is LLN (Lembaga Letrik Negara).” (Kebir Singh @ Facebook, 16 Mei 2026: "Kedai Tenaga near Jalan Besar").
1965-06-25: Perasmian Medan Sate Kajang

Kiri: “Di Pekan Kajang berhadapan Stesen Minyak Shell. Di belakangnya ialah Stesen Bas Foh Hup dan di sebelah kanan pula terletak Bazar Kajang yg mana terletak kedai rojak dan cendol yg terkenal pd masa itu. Kelihatan Tuan Haji Tasmin (Pengasas Sate Kajang) 3 dari kiri. #undatedpic” (Hj Azam Aziz @ Facebook Malaysiaku Dulu Dulu Official, 16 Julai 2020: "Di Pekan Kajang berhadapan Stesen Minyak Shell").
Kanan: “Foto ini diambil pada 25 Jun 1965 sempena perasmian Medan Sate Kajang , Jalan Sulaiman oleh Mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Bin Idris. Turut kelihatan, Haji Tasmin Bin Sakiban (bersampin hitam), Haji Rono Bin Sakiban (berserban putih) dan Haji Sidek Bin Haji Rono (berbaju melayu gelap dan bersongkok). Lokasi Shell ini kini merupakan Plaza Metro Kajang.” (Rono Sdn Bhd: |"KISAH KAMI").
“Orang yang mula-mula berjual sate di pekan Kajang ialah Tasmin bin Sakiban yang berasal dari Jawa. Ia memulakan perniagaan pada tahun 1917 dan dibantu oleh adiknya Rono yang datang lebih awal ke Kajang, pada tahun1911. Mereka telah naik haji, dan kini lebih diingati sebagai Haji Tasmin dan Haji Rono.
Ada juga maklumat yang mengatakan, selain daripada Tasmin, ada seorang lagi penduduk Kajang yang merupakan peniaga awal sate Kajang, namanya Wak Jono Darmon atau namanya setelah haji, Haji Mohamad Noor. Bagaimanapun, perniagaan satenya kemudian diserahkan kepada anak lelakinya Wak Bagong dan menantu lelakinya Rono bin Sakiban, adik Tasmin.
Antara mereka ini, Tasmin dan adiknya Rono-lah kemudiannya yang muncul sebagai pelopor perniagaan sate Kajang yang berpanjangan dan terkemuka.
Pada masa mula datang ke Kajang Tasmin dan Rono tidak terus berjual sate. Mereka melakukan pelbagai pekerjaan, antaranya menjadi buruh menyangkul di estet berhampiran dan bersawah padi.
Sate yang mereka jual mereka buat sendiri dan jual sendiri. Mereka perlu membuatnya pada tiap-tiap hari, kerana pada masa itu belum ada peti sejuk untuk menyimpan sate yang mereka buat.
Ada beberapa jenis sate yang mereka jual, iaitu sate daging, sate ayam dan sate perut. Sate perut dibuat daripada tembusu lembu. Sate ayam tentunya sate ayam kampung, kerana pada masa itu belum ada ayam ternak.
Sate itu dicucuk dengan lidi, bukan dengan buluh seperti sekarang.
Sate yang dibuat oleh mereka berdua mungkin berbeza daripada sate Jawa, di tempat kelahiran mereka, kerana sate mereka lebih besar. Untuk kuahnya pula dikatakan kacangnya lebih banyak dan rasanya pun lebih manis.
Tasmin dan Rono memulakan perniagaan satenya dengan menu makanan sup dan nasi kepal atau ketupat. Sate dimakan oleh semua pelanggan dengan mencelup sate dalam satu mangkuk kuah yang besar. Bagaimanapun, kemudian diubah dengan memperkenalkan sate mangkuk besar dan sate mangkuk kecil untuk setiap pelanggan. Dengan itu, pelanggan tidak lagi berkongsi mangkuk untuk mencelup sate. Kemudian disediakan pula mangkuk kecil dan cili untuk pelanggan yang ingin merasa kuah yang lebih pedas.
Ketika itu Tasmin dan Rono tinggal di Kampung Paya, di tempat yang sebelum ini jadi tapak pemancar radio Kajang. Rumah mereka memang tidak jauh dari pusat bandar Kajang. Jadi mereka boleh membawa sate mereka ke pekan Kajang dengan memikulnya.
Pada mulanya mereka berjual sate dengan cara berkandar, iaitu menggunakan dua bakul khas yang dikandar, sebuah bakul untuk tempat membakar, manakala sebuah lagi untuk kuah dan menghidangkan sate yang telah dibakar.
Mereka berjual sate di sekitar pekan Kajang, bermula dari kampung mereka ke rumah penduduk di kawasan itu. Mereka akan singgah di rumah-rumah yang memanggil mereka di sepanjang perjalanan. Kemudian mereka berhenti di pekan Kajang, di hadapan sebuah kedai kopi Cina, Kedai Kopi Ban Seng.
Pada mulanya Rono membantu Tasmin menjual sate secara sambilan, kerana dia masih bekerja di ladang getah, antaranya di Estet West Country,Kajang. Rono menjalankan perniagaan sendiri setelah mengambil alih perniagaan mentuanya, Haji Mohamad Noor.
Pada awal tahun 1940-an, Tasmin dan Rono mula berjual sate dengan menggunakan kereta tolak, dan tempat mereka berjualan adalah di hadapan kedai kopi Ban Seng, di Jalan Sulaiman sekarang. Sate biasanya dihantar kepada pelanggan di kedai kopi tersebut atau dimakan di tempat yang disediakan di keliling kereta tolak itu dengan duduk di atas bangku kecil yang disediakan.
Mereka berjual sate mulai petang hingga ke malam. Pada waktu malam mereka terpaksa menggunakan lampu sendiri, iaitu lampu gasolin.
Beberapa tahun kemudian, barulah sate mereka dijual di Medan Sate Lama di pekan Kajang, dan tidak perlu lagi di bawa dengan kereta tolak.
Setelah mereka tua dan kemudian meninggal dunia, perniagaan sate itu diteruskan oleh anak atau keturunan mereka. Perniagaan Haji Tasmin diteruskan oleh anaknya Haji Amir. Perniagaan Haji Rono pula diteruskan oleh dua orang anaknya, Haji Sidek dan Mohamad Salleh.
Setelah Haji Amir meninggal dunia, perniagaannya diteruskan oleh menantunya Haji Samuri bin Juraimi, yang juga pangkat anak saudara kepada Haji Tasmin.
Haji Samuri yang menjalankan perniagaan secara lebih profesional dan menggunakan modal yang besar, kini telah dapat mengembangkan perniagaannya sehingga jauh mengatasi perniagaan saudara maranya.
Beliau mempunyai kedai yang besar di Bangunan Dato' Nazir Kajang, di samping mempunyai banyak lagi kedai dan gerai di pelbagai tempat, antaranya di kedua-dua Medan Sate Kajang yang baru, di Bandar Baru Bangi, di Perhentian Awan Besar Lebuh raya KESAS, di Kawasan Rehat dan Rawat Kinrara, di Restoran Jejantas Sungai Buloh, di Kawasan Rehat dan Rawat Dengkil Utara dan Selatan dan di Shah Alam.
Perniagaan Sate Kajang yang dimulakan oleh Haji Tasmin dan Haji Rono jelas mempunyai beberapa keistimewaan, sehingga sate Kajang menjadi sate yang terkenal. Dengan itu, sebagaimana yang dinyatakan di atas tadi, sate yang dijual di pelbagai tempat lain pun banyak yang diberi nama Sate Kajang, walaupun penjualnya tidak ada kaitan langsung dengan Haji Tasmin dan Haji Rono.
”
(Sumber: Andin Salleh (Mohd Salleh Lamry) @ Jalan Ketiga, 23 Disember 2011: |"Sejarah Awal Sate Kajang").
1970: Pejabat Daerah dan Bangunan Dato Nazir

Pejabat daerah Kajang dipindahkan ke bangunan baru (Ibrahim Ngah @ Berita Harian, 21 July 1970, Page 4: |"Kajang berseri2 dengan 2 bangunan baru").
Pejabat daerah lama Kajang digantikan dengan Bangunan Dato Nazir:-

Kiri: “The district office building was built in the 1910s and was in operations until it was demolished and a new building (Bangunan Dato Nazir) constructed in 1970.” (Eric Lim @ Museum Volunteers, JMM, July 15, 2020: |"History of Kajang").
Kanan: “Antara mercu tanda Kajang…..Bangunan Dato Nazir…dahulunya menjadi tumpuan kerana adanya Perpustakaan cawangan Ulu Langat (Perpustakaan Kajang) selain beberapa restoran dan kedai makan disekitarnya, Stadium Kajang yang berada bersebelahannya juga menyumbang kepada keterlihatan bangunan ini.
(gambar circa 1977)” (Harith Faruqi Sidek @ Facebook, 7 Mac 2026: "Antara mercu tanda Kajang.....Bangunan Dato Nazir").

Kiri: 1984: “It was called Bangunan Dato Nazir” - Kamarul Azlan. “Now is Hj Shamsuri satay kjg” - Ranishree Muniandy. (Facebook Bandar Kajang, 28 Oktober 2019: |"KAJANG": Perpustakaan Cawangan Hulu Langat, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, 1984).
Kanan: Kini: “Restoran Sate Kajang Hj Samuri, terletak bersebelahan Stadium Kajang dan berhadapan stesen MRT Stadium.” (MStar, 21 Disember 2019: |"Kajang bukan sekadar ada sate sedap, tapi punyai sejarah menarik untuk dijelajah").
Bahagian dalamnya: Foto Zulfadhli Zulkifli“ (Rozdan Mazalan, September 29, 2019: |"Kajang kaya warisan sejarah"). “Another iconic building is Bangunan Dato Nazir, the Hulu Langat district office from 1890 to 1970. Today, it is where you can enjoy Sate Haji Samuri for lunch and dinner! The walk takes more than two hours and covers Masjid Jamek, Stadium Kajang as well as Kajang Satay Gallery, possibly the first such gallery the world. The mini-complex gallery, which opened in 2009, is located next to Medan Sate Kajang and houses artifacts, information panels, audio visual guides and dioramas tracing the history of satay in Kajang back to 1917.” (Hanna Hussein @ The New Straits Times, December 19, 2019: |"#JOM! GO: More than satay").
1971: Banjir Besar Kajang
Jalan Mendaling - Tokong “Sea Yea (Sin Sze Si Ya)” dari jarak dekat. (Y.K.Low, Morgan Soo, 29 April, 2008: |"The Great Kajang Flood 70's").
MAKLUMAT LANJUT: Banjir Besar Kajang (1971)
1977: Suasana Pekan Kajang
Jalan Sulaiman, menghadap ke arah simpang Jalan Semenyih: “Kehadiran UKM menambah 'kerancakan' bandar Kajang. Gambar circa 1977.” (Harith Faruqi Sidek @ Facebook, 16 Mac 2026: "Gambar circa 1977").


